Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, amalan gaya hidup sihat itu juga perlu dipupuk dan disemai di peringkat rumah oleh ibu bapa agar menjadi ikutan ahli keluarga yang lain.

Menurutnya, pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis adalah berpunca daripada cara pengambilan makanan seseorang selain pengabaian aktiviti-aktiviti sihat.

“Sehubungan itu, saya menyeru masyarakat supaya memberi keutamaan kepada amalan gaya hidup sihat. Masyarakat perlu bijak mengimbangi cara pemakanan dengan senaman harian.

“Kebijaksanaan ini bukan sahaja membolehkan kita membentuk modal insan yang sihat dan cergas tetapi mempunyai ketrampilan dalam kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program se­namrobik belia anjuran penduduk perumahan Taman Sri Segindai di sini semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Papar, Siriman MF Basir; Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wa­nita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) daerah, Sabrina Chua dan Pengerusi Perumahan Taman Sri Segindai, Abd. Ajik Ajip.

Rosnah menambah, program amalan hidup sihat itu juga me­rangkumi tindakan untuk menjaga persekitaran masing-masing.

Namun beliau yang juga Ahli Parlimen Papar mahu amalan gaya hidup sihat itu tidak hanya tertumpu kepada program riadah sebaliknya menitikberatkan soal kebersihan.

“Kebersihan persekitaran juga satu perkara yang perlu diberi penekanan. Banyak penyakit berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus merebak dengan cepat jika sesuatu persekitaran itu kotor,” tambahnya.


Berminat untuk dapatkan Cypreme, penawar kencing manis dan gout?