Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya
-frequently asked questions (FAQs)-
Apakah itu cypreme?
Cypreme adalah penawar alternatif moden
untuk menyembuhkan penyakit kencing manis dan gout dengan menurunkan kadar gula
dalam darah, dan asid uric di dalam badan.
Apa Kandungan CYPREME?
Empat kandungan utama dalam CYPREME:
- zeolite
- amber/getah pokok pine
- garam mineral
- air zam-zam
Apa Kegunaan Setiap Kandungan?
Zeolite
Zeolite digunakan untuk menghaluskan
molekul2 cecair cypreme supaya lebih halus, cepat dalam proses pemulihan
Zeolite juga digunakan untuk menarik
kuman,toxin dan mengeluarkannya semasa buang air kecil/besar
Amber/Getah Pokok Pine
Seorang saintis masyhur yang pernah
memenangi hadiah nobel, dr henri coanda mendakwa, ada lima lima tempat di dunia
di mana penduduknya merekodkan purata umur terpanjang iaitu suku kaum di peru;
ecuador; georgia; mongolia dan lembah hunza di banjaran karakoram, pakistan.
Di antara lima suku kaum ini, kaum hunza
berada di senarai teratas purata umur panjang iaitu antara 100 tahun hingga 140
tahun, hampir melebihi separuh purata umur manusia.
Kawasan pergunungan lembah hunza banyak
dikelilingi pokok pine cypress. Namun, apakah hubung kait pokok ini usia
panjang kaum hunza? Persoalan demi persoalan terus bermain sehinggalah ia
berjaya dirungkai saintis dan ulama islam selama lebih 50 tahun.
Rahsia usia panjang kaum hunza sebenarnya
datang dari kawasan mereka sendiri. Kaum hunza mendapat sumber air utama dari
telaga dan mata air glasier. Akar dari pokok pine cypress dan getah menjalar
masuk dan jatuh ke dalam sumber air mereka. Kadangkala ada daun dan buah pokok
pine cypress jatuh dan menjadi sebati dalam sumber air utama kaum hunza.
Sehubungan itu, rahsia pokok pine cypress
secara tidak langsung dikatakan memberi kelebihan kepada kaum hunza dalam
memanjangkan usia mereka.
Pokok pine cypress dikatakan memiliki
keupayaan luar biasa berikutan memiliki ciri-ciri anti virus, kuman dan
depresif. Ia dikatakan mampu melegakan kesihatan dan membantu sistem
penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.
Pendek kata, jika penemuan menyeluruh
terhadap pokok ini siap berada di tangan, hasilnya sangat menakjubkan. Ini
kerana setiap inci pokok ini boleh digunakan dalam tujuan perubatan moden.
Kristal Galian
Sambungan kepada cerita mengenai kaum
hunza,sebenarnya kaum hunza mengamalkan diet dalam minuman dan perubatan mereka
dengan menggabungkan penggunaan air telaga yang bercampur dengan pine cypress
dan garam kristal galian.
Ini menjadikan air bertenaga dan hidup yang
diminum oleh kaum hunza. Malah dr coanda (seorang pakar perubatan) pernah
menyatakan mineral dan garam adalah elemen penting yang ada di lembah hunza.
Ini adalah kunci rahsia yang tidak pernah
didedahkan olehnya kepada khalayak.
Air Zam-Zam
Kami gunakan air zam-zam kerana ia adalah
air yang terbaik di dunia.
Bolehkah Ibu Mengandung Mengambil CYPREME?
Ya, boleh. Malah digalakkan perempuan
mengandung mengambil cypreme ini sebagai
makanan tambahan kerana ia dapat menyingkirkan toksik dalam badan.
Untuk Ibu Menyusu Boleh Ambil CYPREME?
Boleh, malah digalakkan kerana boleh
meningkatkan kualiti susu yang dihasilkan.
Ibu Dalam Pantang Boleh Ambil CYPREME?
Boleh,malah digalakkan supaya
mempercepatkan sembuh luka dalam badan
Adakah Produk Ini Boleh Ubati Saraf?
…kerana kawan saya ada kencing manis dan saraf kesan dari kemalangan
masa kecil…
Ya. Sangat baik untuk aktifkan sistem saraf
dan kita ada testimoni yang pernah jalani fisioterapi. Cara titis yang sama
untuk minum dan sentiasa sapu pada bahagian yang bermasalah.
Bolehkah Saya Mengambil CYPREME Sekiranya
Saya Cuma Ada Satu Sahaja Buah Pinggang?
Boleh, tiada masalah.
Suami Saya Mati Pucuk, Bolehkah Disembuhkan
Dengan CYPREME?
Pesakit kencing manis biasanya memang tiada
nafsu dan dikaitkan dengan mati pucuk. Apabila ambil CYPREME, kencing manis
akan hilang dan badan kembali bertenaga.
Apabila badan cergas dan kembali
bertenaga,masalah tidak bernafsu, mati pucuk boleh hilang dan perlukan rawatan
khas untuk hilangkan masalah mati pucuk
Siapakah Pengasas CYPREME?
Amrulbulans Enterprise,dan kilang di
Pengkalan Chepa, Kelantan
Berapa Lamakah CYPREME Telah Dipasarkan?
Formula CYPREME sudah lebih 3 tahun, dan CYPREME mula dipasarkan secara
besar-besaran pada September 2014 dengan penambahbaikan pada formula dengan
diperkayakan dengan Zeolite
Macam Mana Proses Pembuatan CYPREME?
Menggunakan mesin khas untuk mencampur
ramuan-ramuan CYPREME.
Bolehkan CYPREME Diambil Bersama Minuman
Lain (Minuman Manis)
Sebaik-baiknyanya dititikkan dalam air
mineral untuk kesan maksimun, jika tiada pilihan barulah titikkan dalam minuman
lain. Biasanya kesannya kurang optimum.
Bolehkah CYPREME Diambil Bersama Ubat
Kampung/Herba?
Boleh, cuma jarakkan 2-3 jam.
Kalau Tak
Cukup 51 Titik Boleh Tak? Apa Kesannya Tekiranya Terlebih Atau
Terkurang?
Boleh ambil lebih kerana ia 100% bebas
bahan kimia. Jadi, tiada istilah “overdose”. Cuma 51 titik adalah jumlah dose
yang terbaik kerana badan tidak dapat terima lebih dari dos tersebut dan ia
akan keluar melalui perkumbahan.
Adakah CYPREME Khas Untuk Kencing Manis & Gout Sahaja?
CYPREME memang khas untuk kencing manis
& gout, tetapi dari testimoni scara tidak langsung sebelum ini, CYPREME
boleh diambil untuk darah tinggi, jantung, penyakit buah pinggang, resdung,
untuk buang toxin dari badan, sakit kepala & untuk kekalkan kesihatan
Satu Botol CYPREME Ade berapa titik?
Lebih kurang 900-1000 titik
Adakah CYPREME Boleh Diambil Oleh
Kanak-Kanak?
Boleh,cuma kurangkan dos. Titikkan 33 titik
dalam 1.5 liter air & habiskan dalam 2-3 hari
Adakah CYPREME Mempunyai Kesan Sampingan (side effect)?
CYPREME 100% bebas bahan kimia jadi, tiada
side effect
Saya Baru Sahaja Mengamalkan CYPREME. Selang Beberapa Hari, Saya Kerap Membuang Air, Kenapa Ya?
Ia proses tindakbalas untuk mengeluarkan
penyakit dari dalam badan melalui perkumuhan sebelum proses penyembuhan
berlaku.
Adakah Produk CYPREME Ini Perah Diuji Pada
Haiwan?
Formula CYPREME sebelum diupgrade pernah
diuji pada haiwan,dan yang terbaru belum pernah lagi diuji
Apakah Rasa CYPREME?
Rasa payau dan sedikit pahit
Di Mana Saya Boleh Melihat/Membaca
Testimoni Pengguna CYPREME?
Anda boleh membaca sebahagian kecil
response positif dari pelanggan CYPREME pada link berikut ->
http://www.cypreme.com/v1/testimoni/
Kenapa Rasa Loya & Muntah Lepas Minum
CYPREME?
Kerana hati terlalu banyak toksid dan
biasanya berlaku kepada perokok. Teruskan minum dan paksa diri untuk minum agar
cepat sembuh
.
Diabetes Jenis 1 (Satu) Boleh Guna Tak?
Kita kenal dulu perbezaan diabetes jenis 1
dan 2.
Diabetes jenis pertama (i) juga dikenali
sebagai diabetes bersandar insulin (iddm – ‘insulin dependent diabetes
mellitus‘) atau diabetes awal remaja. Biasanya, penghidap diabetes jenis
pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit
memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (ii) boleh disebabkan
oleh penurunan sensitiviti tisu badan
terhadap insulin dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis
ii, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh
dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan,
bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin
diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan
kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Jadi, CYPREME sebenarnya khas untuk
diabetes jenis kedua sahaja, bukan untuk jenis pertama.
Tetapi untuk rawatan, boleh cuba ambil
CYPREME untuk jenis pertama.
Bagaimana Cara Guna CYPREME Untuk Setiap
Penyakit?
Kencing manis, darah tinggi, jantung
Titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral
(jangan picit botol cypreme,biarkan ia menitik sendiri)
Habiskan dalam masa sehari. Minum ketika
perut kosong
Amalkan setiap hari. Kesan seawal 5 hari.
Buah Pinggang
Untuk pesakit buah pinggang,ada cara khas.
Campur cypreme dengan 11 titik cypreme dengan 10 ml air mineral,kemudian sapu
ke badan.
Jika tak cukup,buat lagi campuran yg sama.
Ini supaya asid bawah kulit dineutralkan dan badan dapat mengeluarkan
peluh,kerana antara masalah utama buah pinggang bermasalah adalah kerana peluh
tak keluar.
Ini pula untuk minum bagi pesakit buah
pinggang:-
Titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral
Minum sedikit-dikit agar buah pinggang
dapat terima.
Bila terima, tambah sedikit demi sedikit.
Kalau ambil banyak terus, dikhuatiri buah pinggang tak dapat terima
Resdung
Amalan harian
Titiskan 51 titik cypreme ke 1 botol air
mineral 1.5 liter, minum dan habiskan dalam 1 hari. Amalan setiap 5 hari
Basuh/cuci muka dulu dgn air suam.
Keringkan dengan tuala bersih.
Titiskan 3 titis jus pada tapak tangan dan
sapu pada muka kawasan resdung. Dahi, antara dua kening, bahagian dagu dan
bahagian bawah bibir bawah.
Gosok rata2 dan biar kering. Bila dah
kering baru bilas dgn air. Titiskan 1 titis cypreme ke dlm lubang hidung kiri
dan kanan.
Dongak sekejap dalam 3 minit sehingga
terasa kahak ditekak dan rasa hidung mula berair dan cecair mula nak keluar.
Keluarkan kahak dan hembus keluar cecair yg terhasil dari kerongkong dan
hidung.
Ulang setiap 5 hari sekali bagi kedua-dua
langkah.
P/s: titis dlm hidung agak perit tapi
insyaallah berkesan.
Kenapa Mesti 51 Titik? Tak Boleh Lebih?
51 titik adalah jumlah yang terbaik setelah
ujian dijalankan kerana badan tidak dapat terima lebih dari dos tersebut,dan ia
akan keluar melalui perkumuhan. Boleh
ambil lebih kerana ia 100% bebas bahan kimia jadi, tiada istilah “overdose”.
Boleh Letak Dalam Peti Ais Tak?
Boleh, tiada masalah
Boleh Letak CYPREME Dalam Air Jus?
Air mineral adalah air yang paling sesuai
untuk diminum bersama cypreme supaya sel2 badan dapat menyerap dengan mudah.
Air lain seperti jus tidak digalakkan kecuali ketika terdessak
Boleh Letak Dalam Air Reverse Osmosis (RO
Water)?
Air mineral adalah air yang paling sesuai
untuk diminum bersama cypreme supaya sel2 badan dapat menyerap dengan mudah.
Air lain seperti air reverse osmosis tidak digalakkan kecuali ketika terdesak
Adakah CYPREME Ini Lulus Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)?
Produk ini bukan ubat; ia dikategorikan
sebagai makanan berfungsi ubat (food as medicine) seperti yang dinyatakan oleh
United States Food And Drug Administrative (USFDA) sebagai “generally regarded
as safe (GRAS)”. Maka produk ini tidak
wajib mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau lain-lain
badan.
Bagi penjualan secara sah produk ini hanya
perlu memenuhi akta makanan 1983 dan peraturan–peraturan makanan 1985
sahaja. Jadi, tiada istilah “overdose”
kerana ia 100% bebas bahan kimia.
Adakah CYPREME Halal?
Cypreme 100% dari bahan semulajadi ,dan
dibuat di kilang muslim ,dan pengasasnya juga muslim,jadi tiada isu mengenai
status halalnya. Di botol CYPREME juga
mempunyai logo “produk muslim”
Cuma buat masa ni tidak lagi mendapat logo
halal jakim & proses ini mengambil tempoh yang agak lam
Bolehkah CYPREME Diambil Bersama Ubat
Hospital?
Ya, boleh. Tetapi seeloknya dijarakkan
pengambilannya dalam 1-2 jam kerana CYPREME ini menyingkirkan asid dalam badan
kita. Sesetengah ubatan kimia (ubatan hospital khususnya) pula boleh
mangakibatkan kadar keasidan dalam badan bertambah.
Lepas Saya Buat Bayaran, Berapa Lama Saya
Boleh Dapatkan CYPREME ini?
Jika ambil direct dari wakil kami di
kawasan anda, boleh terus guna, jika menggunakan pos, kami menggunakan perkhidmatan
Pos Laju untuk penghantaran CYPREME. Biasanya pos laju mengambil masa 3-5 hari
bekerja hari untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.
Bagaimana Sekiranya Saya Mempunyai Soalan
Atau Masalah Berkaitan CYPREME Ini?
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah
atau soalan berkenaan CYPREME ini, hubungi agen kami yang berdekatan dengan
rumah anda.
Selepas Mengambil CYPREME, Saya Mengalami
Simptom-Simptom Di Bawah, Kenapa Ia Berlaku?
- kerap buang air besar
- najis berdarah
- badan letih dan tak boleh bangun
- lenguh-lenguh badan
- sakit lutut
- demam
Untuk makluman, simptom diatas adalah
merupakan salah satu proses penyembuhan atau dinamakan healing crisis. Healing
Crisis ini biasa berlaku apabila menggunakan penawar semulajadi kerana ia akan
bertindak membuang kesan-kesan dari pemgambilan ubatan yang mengandungi kimia.
Apabila healing crisis berakhir, proses
penyembuhan akan berlaku dan gula dalam darah akan turun.
Sebotol Penggunaan CYPREME Untuk Tempoh
Berapa Lama?
Lebih kurang 3-4 minggu penggunaan.
Selamatkah Penggunaan CYPREME?
Produk ini terbukti selamat kerana:
Produk cypreme telah diuji secara klinikal
berbanding produk yang ada di kaki lima. Anda akan berasa lebih selamat untuk
menggunakannya.
Produk keluaran bumiputra dan halal untuk
pengguna islam
Produk ini diperbuat dari bahan semulajadi
seperti zeolite ,air zam-zam, garam galian dan resin pokok cypres sahaja.
Produk ini tidak memudaratkan dan telah
mendapat respon positif dari ribuan pengguna!
Apa
lagi kebaikan CYPREME?
- meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
- anti-oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas. ( free radicals )
- menyahkan toksik dan meningkat sistem metabolisma badan.
- membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
- menghalang dan membunuh sel kanser.
- menambah kekuatan zahir dan batin.
- anti-penuaan / awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
- menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkan ingatan.
- melancarkan perjalanan darah.
- mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
- selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
- sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan.
Bagaimana CYPREME Berfungsi Menyembuhkan
Kencing Manis?
Ada 2 keadaan bagaimana kencing manis
terjadi:
Pankreas gagal berfungsi baik,kerana asid
banyak. Insulin gagal berfungsi dengan baik untuk
membuka pintu2 sell untuk gula memberikan tenaga,kerana itu cik mungkin hadapi
keletihan cepat.
CYPREME merawat kencing manis dengan cara
berikut :
CYPREME mencuci pankreas dan
menutralkannya. Insulin dapat dikeluarkan dengan baik oleh pankreas. CYPREME mencuci darah dan menurunkan kadar
gula.
Soalan Terakhir. Bagaimana Cara Untuk
Mendapatkan CYPREME
No comments:
Post a Comment