Sunday, March 1, 2015

Rawatan Gout


✯ Rawatan serangan akut
--------------------------------------
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Dalam jangka panjang ia boleh merosakkan buah pinggang.
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Dalam jangka panjang ia boleh merosakkan buah pinggang.
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.
Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. Dalam jangka panjang ia boleh merosakkan buah pinggang.
- CYPREME: Rawatan alternative yang berasaskan air zam2, zeolite, garam galian dan amber cypres. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan merawat gout secara keseluruhan bermula dari punca. Rawatan secara berterusan akan menambahbaikkan kesihatan penghidap gout.

✯ Rawatan Jangka Panjang
--------------------------------------
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

✯ Pencegahan
--------------------------------------
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Minum banyak air
khlas,
P/s: Anda ada pertanyaan/ masalah tentang gout?

Hubungi kami dengan sms/ call/ wassap 019-7589774 (Nizam)

Anda boleh buat pesanan Cypreme di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...