Showing posts with label buletin tentang pesakit kencing manis. Show all posts
Showing posts with label buletin tentang pesakit kencing manis. Show all posts

Saturday, May 2, 2015

Pesakit kencing manis rayu bantuan

Normawati menceritakan kesusahan yang ditanggung kepada Fauzi pada program ziarah itu.

KUANTAN - Ibarat jatuh ditimpa tangga begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan penderitaan yang ditanggung ibu empat anak, Normawati Saudi, 37, selepas mengalami penyakit kencing manis.

Normawati berkata, dia yang mengalami kencing manis kronik terpaksa merelakan kaki kanannya dipotong pada Januari lalu.

Menurutnya, buat masa ini dia bergantung pada kerusi roda yang dipinjam daripada jiran kerana tidak mampu membelinya.

“Saya dan suami, Wan Azmi Wan Ibrahim, 45, terpaksa pinjam kerusi roda yang sudah uzur untuk kegunaan saya di rumah.

“Jika tidak sukar untuk saya bergerak melakukan kerja rumah,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman di sini.

Hadir sama, Adun Semambu, Lee Chean Chung.

Normawati berkata, keadaan kehidupannya sekeluarga semakin dihimpit kesusahan kerana suaminya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Katanya, pendapatan yang tidak menentukan menyebabkan mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak empat bulan lalu.

“Dua daripada empat saya masih bersekolah, yang sulung bekerja sebagai mekanik di bengkel berdekatan tetapi gajinya tidak seberapa.

“Saya pula memikirkan keadaan kesihatan yang tidak menentu dan memerlukan rawatan susulan,” katanya.

Normawati berkata, dia juga dalam proses memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Fauzi berkata, pihaknya akan meneliti bantuan yang diperlukan keluarga terbabit selepas ini.

“Kita akan membantu meringankan beban ditanggung keluarga ini,” katanya.


sumber: Sinar Harian


Perlukan rawatan alternatif penyakit kencing manis?

Sila whatsapp ke 019-7589774 (NIZAM)

Atau ke sini.

Wednesday, April 22, 2015

Elak komplikasi ketika berpuasa


Pesakit kencing manis yang beragama Islam berkemungkinan menghadapi risiko kom-plikasi berkaitan penyakit itu seperti hipoglisemia (paras gula dalam darah terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air) yang lebih tinggi ketika berpuasa terutama sewaktu Ramadan.

Bagi penghidap penyakit ini, ibadah berpuasa dikecualikan, namun majoriti umat Islam yang menghidap kencing manis masih ingin memenuhi tuntutan ibadah itu.

Bilangan kemasukan ke hospital bagi kes kecemasan berkaitan kencing manis didapati lebih tinggi pada Ramadan. Ini menunjukkan tahap pengurusan penyakit kencing manis berada di bawah paras optimum sepanjang tempoh berpuasa iaitu 30 hari.

Puasa adalah ibadah dan amalan baik untuk pesakit kencing manis terutama yang turut mempunyai masalah lebihan berat badan, namun beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum pesakit dibenarkan berpuasa supaya ibadah itu tidak memudarat dan membahayakan nyawa.

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa adalah kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang manakalan cabaran kedua adalah masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku pada bila-bila masa ketika berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan sekiranya paras gula pada tahap selamat, pesakit boleh berpuasa tanpa masalah.

Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makanan dan kawalan paras gula dalam darah, inilah masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak terpaksa ponteng berpuasa ketika Ramadan.

Pesakit yang ingin berpuasa perlu:

- Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)
- Menyegerakan berbuka
- Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor
- Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam
- Kurangkan makan makanan manis
- Mengawal penyakit de-ngan baik
- Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
- Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan jika ini berlaku, anda tidak diwajib-kan berpuasa.
- Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya me-ngikut nasihat doktor

Panduan praktikal uruskan kencing manis

Menyedari masalah terbabit, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dengan sokongan Novartis bekerjasama menerbitkan panduan praktikal bagi menguruskan penyakit kencing manis ketika Ramadan.

Matlamat usaha itu adalah untuk menyediakan struktur rangka kerja yang membolehkan doktor memberi nasihat kepada pesakit mereka mengenai kaedah terbaik yang dapat dilakukan bagi me-ngurus keadaan diri serta mengurangkan komplikasi sewaktu Ramadan.

Presiden MEMS Prof Dr Azmi Kamaruddin berkata, pesakit kencing manis menghadapi pelbagai cabaran walaupun ketika berada dalam situasi yang optimum terutama dalam situasi yang memerlukan tuntutan luar biasa terhadap kemampuan tubuh badan.

Menurutnya, apabila seseorang itu menahan diri daripada makan dan minum pastinya perubahan fisiologi dan komplikasi boleh terjadi kepada pesakit ini sekira-nya penyelarasan tidak dilakukan sebagai persediaan menghadapi bulan puasa.

“Berpuasa adalah keputusan penting yang perlu dicapai secara bersama selepas menimbangkan dengan teliti risiko yang mungkin wujud akibat berpuasa.
“Oleh itu, pesakit kencing manis mesti berunding dengan pakar penjagaan kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk berpuasa,” ujarnya.

Kencing manis dan Ramadan

Perubahan yang berlaku dalam tubuh sebagai tindak balas terhadap aktiviti berpuasa bergantung kepada tempoh seseorang itu berpuasa.

Tubuh akan memasuki fasa berpuasa lebih kurang lapan jam selepas menikmati hidangan terakhir iaitu apabila usus sudah selesai menyerap semua nutrisi daripada makanan yang diambil.

Secara ringkasnya, badan akan mula menggunakan sumber glukosa yang tersimpan (gula darah) untuk menjaga tenaga dan pada peringkat selanjutnya dalam tempoh berpuasa akan mula menguraikan lemak tubuh sebagai sumber tenaga seterusnya.

Pesakit kencing manis yang berpuasa mungkin akan mengalami kesan sampingan akibat menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman.

Kesan yang paling biasa dialami adalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi.

Hipoglisemia atau kandungan gula rendah yang tidak normal dalam darah boleh berlaku sekiranya makanan tidak diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Kajian Epidemiologi Kencing Manis dan Ramadan (EPIDIAR) menunjukkan peningkatan 7.5 kali ganda kemasukan ke hospital bagi pesakit kencing manis jenis dua akibat hipoglisemia yang teruk.

Satu kajian tempatan yang dilaksanakan menunjukkan kadar hipoglisemia adalah 1.6 kali lebih tinggi dalam tempoh berpuasa berbanding tempoh tidak berpuasa.

Kajian EPIDIAR yang sama menunjukkan pening-katan lima kali ganda akibat hiperglisemia yang teruk atau kandungan gula dalam darah yang tinggi yang memerlukan pesakit kencing manis jenis dua dimasukkan ke hospital.
Hiperglisemia mungkin terjadi akibat daripada kesan ubatan yang berkurangan untuk mengawalnya.

Menurut Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya Dr Masni Mohamad, perlunya mendidik pesakit juga doktor mengenai kaedah pengurusan kencing manis ketika Ramadan bagi mengurangkan komplikasi.

“Umat Islam yang menghidap kencing manis kebanyakannya ingin meneruskan ibadah ini dan mereka boleh berbuat demikian, tetapi amat penting bagi mereka untuk menerima nasihat dan mengetahui sepenuhya kaedah untuk berpuasa dengan selamat.

“Ramadan membuka peluang keemasan bagi pesakit kencing manis untuk menangani keadaan diri mereka dengan lebih baik, bukan saja sewaktu Ramadan, tetapi untuk sepanjang hayat mereka,” katanya.

Menurut Dr Masni, pesakit kencing manis perlu berjumpa dengan doktor beberapa minggu sebelum Ramadan dan bersiap sedia untuk menghadapi bulan puasa daripada semua aspek.

“Meluangkan masa untuk bertemu doktor dapat mengurangkan perasaan tidak selesa akibat kesan sampingan yang mungkin dialami dan memberikan pesakit ketenangan fikiran kerana mengetahui dan yakin boleh berpuasa dengan selamat.

“Apa yang lebih penting adalah untuk menasihatkan pesakit mengenai risiko hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi, cara untuk mengenal pasti simptom dan jika perlu, berhenti berpuasa sekiranya terdapat risiko yang membahayakan diri pesakit,”ujarnya.

Panduan praktikal menguruskan kencing manis sewaktu Ramadan

Buku panduan baru pe-ngurusan kencing manis semasa Ramadan diterbitkan khusus bagi pakar perubatan yang memantau pesakit beragama Islam yang menghidap kencing manis.

Menurut Perunding Endokrinologi Kanan Dr Zanariah Hussein, panduan ini berfungsi untuk membantu pakar perubatan supaya dapat mengurus serta menyediakan pesakit mereka untuk berdepan tempoh berpuasa yang panjang.

“Peningkatan bilangan kemasukan ke hospital bagi kes kecemasan akibat kencing manis ketika Ramadan menunjukkan perlunya satu panduan praktikal yang boleh diikuti rakyat Malaysia untuk menguruskan penyakit kencing manis sepanjang bulan mulia ini.

“Matlamatnya adalah untuk memberi kuasa kepada pakar perubatan apabila mereka berbicara dengan pesakit kencing manis bagi menyediakan pesakit untuk menghadapi ibadah puasa,” katanya.

Menurutnya, panduan itu akan diedarkan kepada semua pakar perubatan yang berkaitan dalam tempoh terdekat.

“Kami ingin menyaksikan peningkatan dalam pengurusan kencing manis dan dengan itu mampu me-ngurangkan kes kemasukan ke hospital yang berkaitan dengan kecemasan akibat kencing manis semasa Ramadan.

“Ini akan menjadi petunjuk yang jelas bahawa pesakit menerima nasihat yang diberikan dan me-ngambil langkah yang perlu supaya mereka dapat berpuasa dengan selamat dan memenuhi tuntutan agama dengan hati yang tenang,” ulas Dr Zanariah.

Bagi pesakit kencing manis yang beragama Islam dan ingin berpuasa sepanjang Ramadan, rujuklah kepada doktor anda mengenai pengurusan kencing manis yang betul supaya mampu menunaikan ibadah itu dengan selamat.

sumber: Harian Metro

Ingin mengetahui cara bagaimana untuk mengawal dan seterusnya merawat penyakit kencing manis?

Sila ke sini.

Saturday, November 22, 2014

Terpaksa lupakan hasrat beristeri

Zulqarnaim menderita penyakit kencing manis menerima kunjungan Ab Aziz di rumahnya di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

GUA MUSANG - “Saya terpaksa lupakan nikmat berumah tangga dengan membatalkan hasrat untuk beristeri,” kata Zulqarnaim Abdullah, 36, yang menghidap penyakit kronik kencing manis sejak usia 20 tahun.

Kini Zulqarnaim terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup dengan menanggung penderitaan penyakit itu di rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini.

Tambah malang lagi, dia juga tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu bapanya dan mengharapkan bantuan dua anak saudaranya yang datang melawat untuk membantu mencuci kaki kiri yang semakin teruk.

Menurutnya, sebelum ini dia dijaga bapanya, Abdullah Yusoff, 70, termasuk ketika menerima rawatan di hospital, namun kini dia tinggal seorang diri sejak bapanya meninggal dunia setahun lalu.

“Saya masih ada abang dan kakak yang tinggal tidak jauh dari rumah ini dan mereka ada datang menjenguk dan memberikan saya makanan setiap hari,” katanya yang turut menerima lawatan Adun Galas, Ab Aziz Yusof, kelmarin.

Zulqarnaim, yang juga kakitangan Radicare di Hospital Gua Musang (HGM) berkata,  dia mula menghidap kencing manis sejak berumur 20 tahun lagi dan ketika itu masih boleh bekerja.

Katanya, keadaannya semakin teruk sehingga kakinya  membengkak dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini dan tidak mampu lagi untuk melakukan sebarang kerja.

“Malah, saya juga sudah mengemukakan masalah penyakit kronik yang saya tanggung sekarang untuk mendapatkan pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso), namun sampai sekarang belum ada jawapan.

“Saya terpaksa mendapatkan cuti sakit daripada hospital setiap masa. Sampai bila harus saya dapatkan cuti sakit, sedangkan sekarang saya juga tidak boleh berjalan lagi,” katanya.

Zulqarnaim berkata, pihak hospital sudah beberapa kali memintanya menandatangani surat bagi memotong sebelah kakinya, tetapi dia terpaksa menolak.

“Macam-macam yang mengganggu fikiran saya terutama mengenai masa depan, siapa yang ingin menjaga saya jika saya dimasukkan ke dalam wad dan siapa tanggung segala kos perbelanjaan,” katanya.


Berminat untuk ketahui penawar alternatif moden penyakit kencing manis, sila klik di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...