Showing posts with label info kencing manis. Show all posts
Showing posts with label info kencing manis. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Mengawal kencing manis semasa hamil


cara atasi diabetes ibu hamil
Biasa anda dengar ibu hamil kena minum AIR GULA?
Itu adalah salah satu cara bagi doktor untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. So, boleh lah ibu hamil yang disahkan kencing manis itu mengawalnya. Perkara utama yang perlu diambil berat semasa hamil juga adalah pengambilan gula dalam makanan seharian.
Kenapa perlu mengawal kencing manis semasa hamil ini ya?
Haaa...jangan pandang remeh atau buat tak tahu saja ya. Jikalau anda menghidap kencing manis semasa hamil, silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya. Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan dan membahayakan keadaan ibu dan bayi. 

BAGAIMANA IBU HAMIL MENGHIDAP KENCING MANIS?



KAWAL KENCING MANIS HAMIL

Mesti mommies nak tahu bagaimana ibu hamil ini boleh menghidap kencing manis kan? Actually, semasa hamil, badan ibu sepatutnya menghasilkan kadar insulin yang lebih tinggi daripada biasa bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi terutama di trimester 2 dan 3. Jika kadar insulin yang dihasilkan kurang, ia akan menyebabkan kandungan gula dalam darah terlalu banyak. Itulah yang menyebabkan kencing manis bagi ibu hamil ini.

Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

CARA MENGAWAL KENCING MANIS SEMASA HAMIL


Apa yang paling utama semasa anda hamil adalah apa yang anda makan. Selalu tak dengar istilah "makan untuk dua orang"? Kebanyakan dari kita selalu mengambil kesempatan dari istilah itu. Mengikut pengalaman dan nasihat daripada yang berpengalaman, semasa hamil ibu mengandung perlu ambil berat dengan kadar kandungan gula yang diambil. Contohnya, kurangkan air yang manis, kurangkan pengambilan manisan seperti kek, ice-cream or candy. Pengambilan nasi atau karbohidrat lain pun sy ambil seperti biasa sahaja. 

Apa yang perlu anda lakukan ketika lapar sebelum tiba the next meal ialah dengan mengambil buah-buahan atau salad. Yang ini memang item wajib yang akan ada semasa hamil. Selain itu  boleh juga kunyah kurma, kismis atau membancuh oats untuk lapik perut. 

Senaman juga penting bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil ini. Senaman dapat membantu untuk membakar kalori berlebihan dalam badan.

Selain itu, pengambilan supplemen juga perlu dititikberatkan. Ini adalah penting untuk menutupi kekurangan nutrien dalam badan. 

Berita baiknya ialah Cypreme boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung tetapi adalah digalakkan selepas usia kandungan empat bulan dan ke atas.

Friday, November 7, 2014

5 Mitos Tentang Penyakit Kencing Manis


oleh: Dr. Nur Hidayati

Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap kencing manis. Walaupun ramai rakyat kita yang menghidap kencing manis, masih ramai yang tidak memahami penyakit ini secara mendalam.

Mitos 1 : Kencing manis adalah akibat makan banyak makanan yang manis

Fakta ini ada benar dan ada yang salah. Tidak semua pesakit kencing manis mendapat penyakit ini kerana makan makanan manis dengan banyaknya. Anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kencing manis jika ada di kalangan keluarga anda menghidap kencing manis (seperti ibu bapa dan adik beradik). Jika anda mempunyai berat badan berlebihan – anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kencing manis. 

Diet yang terdiri daripada makanan berkalori tinggi dan berlemak (sama ada manis atau tidak) boleh mengakibatkan obesiti. Oleh itu, jika anda mahu mengurangkan risiko anda untuk menjadi obes – pemakanan yang berkalori tinggi hendaklah dielakkan.

Sekiranya masih mahu makan makanan manis, ambillah dalam kuantiti yang terhad dan pada masa yang sama mengamalkan senaman yang bersesuaian.

Mitos 2: Pesakit kencing manis lebih senang menghidap jangkitan kuman

Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengawalnya dengan baik, anda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding orang yang sihat. Malah, jika pesakit kencing manis dijangkiti oleh kuman, risiko kematian mereka lebih tinggi berbanding mereka yang sihat. 

Maka, pesakit kencing manis perlu menjaga kebersihan diri terutamanya bahagian gigi dan kaki, memeriksa bahagian tubuh untuk ulser dan menjaga kebersihan bahagian ulser untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada bahagian yang luka.

Mitos 3: Saya gagal untuk mengawal kencing manis menyebabkan doktor saya menghukum saya untuk mengambil insulin/ubatan

Kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus type 2) adalah akibat tisu tubuh kita menjadi kebal terhadap kesan insulin yang dihasilkan dalam badan. Maka, walaupun gula dalam darah adalah tinggi, tisu tubuh tidak mampu menggunakan gula dalam darah dengan berkesan. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.

Pada peringkat awal penyakit kencing manis khususnya jenis 2, boleh diatasi dengan mengawal kalori dalam pemakanan kita dan bersenam untuk mencapai berat badan yang ideal.  Namun, untuk kebanyakan pesakit kencing manis jenis 2, penyakit ini boleh menjadi lebih teruk di mana kawalan pemakanan yang baik dan senaman harian sahaja tidak memadai untuk mengawal paras gula dalam badan ke tahap yang sempurna atau selamat.

Pada peringkat ini – doktor akan menyarankan ubat kencing manis termasuklah insulin untuk mengawal kandungan gula dalam badan. Jika anda tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini dan paras gula anda kekal di paras tinggi, anda boleh mendapat akibat buruk atau komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, strok, serangan sakit jantung atau buta akibat katarak atau masalah retinopati diabetik.

Mitos 4: Kencing manis bukan masalah kesihatan serius

Tahukah anda penyebab majoriti kegagalan buah pinggang sehingga bergantung pada mesin dialisis di Malaysia adalah kencing manis?

Tahukah anda jika anda menghidap kencing manis – anda berisiko tinggi menghadapi  maut dari angin ahmar atau serangan penyakit jantung?

Tahukah anda bahawa kencing manis adalah penyebab paling tinggi buta dan hilang upaya akibat amputasi dalam golongan dewasa Malaysia?

Tahukah anda penghidap penyakit kencing manis berpotensi mendapat keadaan yang dinamakan ‘diabetic ketoacidois’ atau ‘hyperglycemic hyperosmolar syndrome’ yang boleh mengakibatkan maut?

Adakah kematian dan kehilangan upaya masalah yang bukan serius?

Jika anda bersetuju bahawa kencing manis adalah masalah kesihatan serius, jangan ambil mudah jika paras gula anda di tahap berlebihan dan bahaya. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis kerana pada peringkat awal, mereka tidak mengalami sebarang simptom penyakit ini. Oleh itu, anda disarankan memeriksa paras gula anda walaupun anda tidak mengalami apa-apa simptom.

Mitos 5: Golongan tua sahaja mendapat kencing manis

Terdapat kanak-kanak seawal tujuh tahun telah didapati menghidap kencing manis. Dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit kencing manis selalunya terdiri daripada kencing manis jenis 1 (diabetes mellitus type1) yang lebih disebabkan oleh faktor genetik dan autoimun. Namun, makin ramai kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit kencing manis jenis 2. 

Kebanyakan mereka mempunyai berat badan berlebihan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Justeru itu, ibu bapa disarankan mengawal pemakanan anak-anak dari kecil lagi. Ibu bapa juga harus mencegah tabiat makan makanan segera atau snek yang tidak berkhasiat.

Kanak-kanak juga hendaklah digalakkan bersenam dari peringkat kecil supaya ia menjadi tabiat yang sihat dan diamalkan secara berterusan apabila mereka meningkat dewasa. Bawalah mereka menyertai kegiatan luar seperti bersukan dan aktiviti lasak yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Galakkan mereka menceburi aktiviti yang aktif. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan gejala obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia dan seterusnya membendung peningkatan kes kencing manis di kalangan mereka.

14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Manfaatkanlah hari ini untuk menukar cara hidup anda ke arah yang lebih sihat untuk bebas dari penyakit kencing manis.

Bacaan lanjut di sini.

Sunday, November 2, 2014

Apakah diabetes mellitus


Apakah diabetes mellitus?
  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes mellitus jenis 1.
    • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit ini sering berlaku?
  • Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti
Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).
Apakah "diabetic ketoacidosis"?
  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.
Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.
Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.
Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?
Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.
Tanda dan gejala hipoglisemia:
  • Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.
  • Menggeletar.
  • Letih dan lesu.
  • Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.
  • Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.
Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak?
  • Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.
  • Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
  • Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
  • Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
  • Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.
  • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
  • Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.
  • Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.
  • Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.
  • Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat.
  • Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.
Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?
Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.
Bolehkah diabetes mellitus dicegah?
  • Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.
  • Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemulihan
Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.
Bacaan lanjut di sini.

Saturday, November 1, 2014

Tanda-tanda Kencing Manis



Tanda-tanda kencing manis adalah berlainan di antara pesakit diaetes, ia bergantung kepada jenis kencing manis yang seseorang itu hidapi. Bagi seseorang wanita tersebut mengalami kencing manis kehamilan, dia mungkin tidak mengalami sebarang tanda-tanda kencing manis yang jelas.

Berikut merupakan tanda-tanda yang biasa di wujud pada pesakit kencing manis jenis 1 atau jenis 2:
  • Kekerapan buang air kecil meningkat
  • Kerapa rasa dahaga walaupun sudah minum air yang cukup
  • Sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga
  • Kehilangan berat badan yang mendadak
  • Penglihatan yang menjadi semakin kabur (tahap serius)
  • Luka yang lambat sembuh (tahap kronik)
  • Senang menghidap jangkitan penyakit pada kulit, gusi atau bahagian kemaluan (khasnya bagi wanita).
Jika anda mengesyaki anda sedang megalami beberapa tanda-tanda kencing manis tersebut dan mengesyakit bahawa andan mungkin telah menghidap kencing manis, anda perlu pergi jumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang lebih sempurna untuk mengenalpasti. 

Semakin awal anda mengenalpasti bahawa anda telah menghidap kencing manis, semakin besar kemungkinan untuk mengawal dan menyembuhkannya.

Kencing manis Jenis 1 adalah penyakit yang tidak boleh dicegah dan biasanya dijumpai di antara kanak-kanak atau remaja muda. Manakala kencing manis jenis 2 pula biasanya berlaku pada golongan orang dewasa yang lebih luas dan ia boleh dicegah.

Maklumat lanjut di sini.

Friday, October 31, 2014

Komplikasi Kaki Pesakit Kencing Manis



Orang yang mempunyai kencing manis boleh mengalami bermacam-macam masalah kaki. Dalam kebanyakan kes, masalah yang biasa boleh menjadi lebih buruk dan membawa kepada komplikasi yang serius.

Masalah kaki diabetis yang sering berlaku adalah  kerosakan saraf, juga dikenali sebagai neuropati (diabetes neuropathies), yang mengakibatkan kehilangan rasa di kaki dan juga pengaliran darah yang terganggu sehinggalah perubahan dalam struktur bentuk kaki atau jari kaki.

Neuropati Kencing Manis

Walaupun ia boleh mencederakan, kerosakan saraf  yang disebabkan oleh kencing manis juga boleh mengurangkan kemampuan anda untuk merasa sakit, panas, dan sejuk. Kehilangan perasaan sering bermakna anda tidak boleh merasai kecederaan terdapat pada kaki. Contohnya, anda boleh termasuk ketulan batu kecil ke dalam kasut anda dan berjalan sepanjang hari tanpa mengetahui. Anda mungkin tidak perasan mengenai kecederaan kaki sehingga kulit rosak dan terjangkit.

Perubahan Kulit 

Kencing Manis boleh menyebabkan perubahan pada kulit kaki anda. Ada kalanya kaki anda boleh menjadi sangat kering sehingga kulit boleh mengupas dan retak. Ini adalah kerana saraf yang mengawal minyak dan kelembapan di kaki tidak lagi berfungsi dengan lancar ekoran daripada komplikasi kencing manis.


Selepas mandi, keringkan kaki dan memastikan kelembapan kulit kaki dengan losyen kulit atau krim kulit yang tidak dicampur bahan kimia wangi.
Kulit Kasar (
Calluses). Kulit kasar bertumbuh dengan lebih kerap dan cepat pada kaki pesakit kencing manis. Ini adalah akibat daripada tekanan yang lebih tinggi kawasan di bawah kaki.

Jika kulit kasar tidak dipotong ia akan menjadi semakin tebal dan akhirnya menjadi retak dan mendedahkan kaki terhadap risiko ulser atau luka terbuka. Jangan cuba untuk mengurangkan kulit kasar sendiri – ini kerana ia boleh menyebabkan ulser dan jangkitan bakteria. Minta pakar untuk memotong atau kulit kasar anda. Anda juga dinasihat supaya jangan cuba untuk menghapuskan kulit kasar agen kimia. Produk-produk ini boleh membakar kulit anda.

Sebagai langkah kawalan, menggunakan batu timbul setiap hari untuk mengisar kulit kasar setiap hari.

Ulser Kaki Jenis Kencing Manis

Ulser berlaku paling sering pada bola kaki atau pada bahagian bawah kaki besar.Ulser di bahagian kaki biasanya disebabkan kasut yang kurang sesuai. Walaupun ulser tertentu tidak menyakitkan, ia masih harus dilihat oleh pembekal penjagaan kesihatan anda dengan segera. Mengabaikan ulser boleh menyebabkan jangkitan yang lebih ketara yang boleh boleh membawa kepada kehilangan anggota badan.


Peredaran Darah yang Kurang Bagus

Peredaran darah yang terganggu boleh membuat kaki anda kurang mampu untuk melawan jangkitan dan menyembuhkannya. Diabetes menyebabkan saluran darah pada kaki dan kaki menjadi sempit dan keras. Anda boleh mengawal beberapa faktor yang menyebabkan aliran darah yang lemah. Jangan merokok; ini boleh mengelakkan pengerasan kapilari darah. Juga, mengikut nasihat pembekal penjagaan kesihatan anda untuk menjaga tekanan darah dan kolesterol di bawah kawalan.


Apabila kaki anda rasa sejuk, anda mungkin terdorong untuk memanaskannya. Malangnya, jika kaki anda tidak dapat merasa panas, ia adalah mudah bagi anda untuk membakar kaki anda dengan air panas, botol air panas, atau alat pemanas yang lain. Cara terbaik untuk mengatasi kesejukan kaki adalah memakai stoking panas.

Pemotongan

Pesakit kencing manis jauh lebih cenderung untuk mempunyai kaki atau kaki dipotong daripada orang lain. Kenapa? Ramai pesakit kencing manis turut mengidap masalah
sakit jantung atau tekanan darah yang mengurangkan aliran darah ke kaki. Juga, ramai orang yang menghidap kencing manis mempunyai penyakit saraf yang mengurangkan sensitivity rasa. Gabungan masalah-masalah ini boleh membuat ia mudah untuk mendapatkan ulser dan jangkitan yang boleh membawa kepada amputasi. Kebanyakan amputasi boleh dicegah dengan penjagaan rapi.

Salah satu ancaman terbesar kepada kaki anda merokok. Merokok menjejaskan saluran darah harus. Ia boleh menyebabkan aliran darah menurun kepada kaki dan melambatkan penyembuhan luka. Ramai pesakit kencing manis yang memerlukan amputasi adalah perokok.

Wednesday, October 29, 2014

Tanda-tanda Awal Kencing Manis


Terdapat banyak tanda-tanda Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2 adalah sama. Persamaan yang terutama adalah bacaan glukosa darah yang tinggi. Gula darah tinggi dalam Diabetis Jenis I adalah disebabkan oleh kekurangan insulin kerana sel yang menghasilkan insulin telah musnah.

Diabetis Jenis 2 pula berlaku apabila sel-sel badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin yang hadir. Tak kira mana-mana satu jenis diabetis, sel-sel badan anda tidak dapat memperolehi glukosa yang mereka perlukan, dan badan anda akan memberi amaran degan menunjukkan tanda-tanda berikut:

Pembuangan Air Kecil Yang Kerap

 Adakah anda melawat bilik air dengan lebih kerap sejak kebelakangan ini? Adakah anda rasa seperti anda mahu kencing sepanjang hari? Kekerapan kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak
glukosa di dalam darah. Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk membuangkan takungan air kencing.

Kerap Rasa Dahaga

 Jika anda merasa seperti anda tidak boleh mendapat air yang cukup walaupun anda telah minum lebih daripada biasa, ia juga merupakan satu simptom
kencing manis, terutamanya jika anda turut mengalami masalah kencing yang kerap. Kehilangan air yang banyak menyebabkan anda menjadi ‘kering’ dan berasa perlu untuk minum lebih untuk menggantikan air yang hilang.

Kehilangan Berat Badan Yang Mendadak

 Gejala ini adalah lebih ketara bagi pesakit kencing manis Jenis 1. Dalam Diabetis Jenis 1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas ataupun serangan imunisasi sendiri terhadap sel-sel
pankreas. Apabila badan sangat memerlukan sumber tenaga dan sel-sel tidak dapat memperolehi glukosa, badan akan mula memecahkan tisu otot dan lemak untuk tenaga.

Kerap Rasa Lemah dan Letih

 Glukosa daripada pencernaan makanan yang kita makan akan diserap masuk ke dalam aliran darah dan insulin sepatutnya membantu peralihan glukosa ke dalam sel badan kita. Sel-sel menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga yang kita perlu untuk hidup. Apabila insulin tiada wujud ataupun sel-sel tidak bertindak balas kepadanya lagi, maka glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan dan terapung di luar sel-sel dalam aliran darah. Lama kelamaan sel-sel badan akan kebuluran dan anda berasa letih dan lesu sentiasa.


Kekebasan pada Tangan atau Kaki

 Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku beransur-ansur melalui dan menyebabkan kerosakan sistem saraf, khususnya di bahagian kaki. Kencing manis jenis 2 bermula dengan beransur-ansur, dan mangsa sering kali tidak sedar bahawa mereka telah mendapatinya. Terdapat banyak kes di mana gula darah mungkin telah tinggi untuk beberapa tahun sebelum diagnosis dibuat. Kerosakan saraf boleh merebak tanpa pengetahuan kita. Neuropati seringkali boleh dipulihkan dengan mengembalikan paras gula darah kepada tahap normal.


Tanda-tanda Lain Yang Boleh Wujud

 Tanda-tanda kencing manis yang lain seperti penglihatan kabur, kulit yang kering atau gatal, jangkitan yang kerap atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga merupakan amalan awal bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada badan anda.


Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang boleh mengenalpasti sama ada anda telah menghidap penyakit kencing manis atau tidak.

Bacaan lanjut di sini.

Friday, October 24, 2014

Makan Untuk Elak Kencing Manis


Caranya adalah dengan mengubah gaya hidup; mengamalkan diet sihat, sentiasa mengawasi berat badan dan bersenam.

Selain itu, amalkan tabiat makan yang sihat; bersederhana apabila makan, menepati waktu makan dan mengambil pelbagai buahan, sayuran serta bijirin penuh.

Untuk mengelak diabetes, anda perlu makan lebih banyak sayuran, kurangkan karbohidrat, minuman bergula dan memilih lemak sihat berbanding lemak tidak sihat.

Apabila makan, perhatikan diet dan tepati waktu makan. Elakkan snek atau mengambil makanan ringan di antara waktu makan seperti biskut, coklat dan gula-gula kerana ia akan memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan kurangkan gula dalam diet anda.

Photo of a man serving salad.

Makan sekadar mengalas perut saja. Seeloknya berhenti sebelum kenyang. Ingat, jumlah makanan yang anda suap ke mulut juga penting dalam menentukan tahap kesihatan. Jika makan terlalu banyak, berat badan akan bertambah dan ini adalah salah satu faktor diabetes.

Pelan makanan yang baik, sama ada anda penghidap diabetes atau bukan adalah yang tinggi nutrien, rendah lemah dan sederhana dalam kalori. Anda perlu memberi penekanan kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

Mengelak atau mengawal diabetes melalui makanan tidak bermakna anda tidak boleh mengambil gula langsung. Anda masih boleh menikmati pemanis mulut contohnya, tetapi tidaklah banyak dan ia mestilah sebahagian daripada pelan makanan sihat serta diiringi senaman.

Begitu juga dengan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti. Anda masih boleh mengambilnya, tetapi dalam jumlah sedikit, dan dari jenis bijirin penuh yang merupakan sumber fiber yang baik. Fiber dihadam dengan lebih perlahan dan menyeimbangkan tahap gula dalam darah.

Bacaan lanjut di sini.

Thursday, October 23, 2014

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma di mana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

Punca Kencing Manis


Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). 


Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.

Dalam perubatan moden, belum ada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit dari kencing manis. Namun, kawalan terhadap tahap insulin dan terapi perubatan yang lain disamping diet pemakanan yang betul mampu memberi pesakit kencing manis keadaan kesihatan yang baik dengan kesan sampingan yang sedikit, walaupun risiko kematian di kalangan pesakit kencing manis adalah lebih tinggi, berbanding jika mereka tidak menghidapinya.


Kesan Kencing Manis Terhadap Pesakit


Peningkatan glukosa dalam darah yang sederhana boleh menyebabkan kegagalan ginjal; merosakkan penglihatan akibat masalah salur darah dalam mata; dan halangan terhadap aliran darah ke limpa yang mengakibatkan gangren (kemerosotan sel/kematian tisu/ akibat kekurangan oksigen) dan risiko amputasi (pembuangan tisu rosak/ mati yang menghitam dan busuk) secara berterusan.

Diabetes mellitus juga meningkatkan pesakit kencing manis terhadap terhadap risiko terjadinya sakit jantung koroner dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi (lelaki), dan empat hingga lima kali ganda lebih tinggi (perempuan). Risiko strok di kalangan pesakit kencing manis juga meningkat sebanyak dua hingga tiga kali lebih tinggi.

Jika tidak dirawat, kencing manis boleh mengakibatkan koma dan kematian (kebiasaan yang dihadapi pesakit kencing manis sebelum penemuan insulin pada tahun 1921). 


Pada pertengahan era ke-20, sekitar 30% kandungan di kalangan wanita yang mengidapi kencing manis berakhir dengan keguguran janin dan kematian bayi selepas seminggu kelahiran, disamping risiko lebih tinggi kecacatan terhadap bayi yang selamat membesar. 

Kini, kadar keguguran janin bagi wanita mengandung yang mengidapi kencing manis adalah lebih rendah (sekitar 5.6%), berbanding populasi ibu mengandung normal 1.4% sahaja. Bayi bagi ibu yang menghidapi kencing manis biasanya lebih besar (gemuk) dan rata-rata bayi menghadapi kesukaran bernafas dan hypoglycaemia (gula rendah dalam darah) semasa lahir.

Simptom Dihidapi Pesakit Kencing Manis


Simptom biasa dikalangan pesakit kencing manis adalah penurunan berat badan akibat kehilangan air (dan cecair) dan lemak, akibat badan yang tidak berupaya memproses karbohidrat (sumber tenaga dari makanan). 

Simptom lain adalah kekerapan kencing, mengakibatkan badan hilang air lebih banyak - meningkatkan rasa dahaga, sakit otot, kegatalan di bahagian sulit, dan peningkatan risiko bernanah dan infeksi di kulit. Lebih separuh populasi pesakit kencing manis tidak pernah didiagnos sehingga beberapa tahun sehingga tahap gula dalam darah yang tinggi akhirnya dikesan sampel darah dan air kencing dalam ujian perubatan.

Kaedah Rawatan


Walaupun spesifik manapun kaedah perubatan disyorkan, tujuan rawatan terhadap pesakit kencing manis adalah untuk memastikan kandungan glukosa dalam darah kembali ke paras normal. Kebiasaannya dengan mengawal kandungan insulin ataupun dengan memberi terapi mengurangkan glukosa. Diet pemakanan terkawal dilakukan demi memastikan kandungan hidangan dan snek dimakan pesakit kencing manis tidak membebankan insulin.

Diabetes Mellitus Yang Tidak Bergantung Kepada Insulin


Juga dikenali sebagai Jenis 2. Biasanya dihidapi pesakit berumur lebih 40 tahun dan meningkat mengikut peringkat umur. Dalam kes ini, pankreas tidak menyekat pengeluaran insulin tetapi kuantiti insulin dihasilkan tidak mencukupi, atau hormon insulin sedia ada tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu, yang amat diperlukan badan sebagai sumber tenaga. 


Akibatnya, glukosa yang tidak diserap ini akhirnya terkumpul dan meningkat dalam darah dan urin (air kencing). Walaupun punca kegagalan insulin untuk berfungsi tidak diketahui, tapi kencing manis Jenis 2 ini dikesan menular dalam sesetengah keturunan keluarga.

Risiko kesihatan terlibat, seperti akibat peningkatan umur, obesiti, dan gaya hidup moden yang kurang pergerakan.

Kencing manis Jenis 2 ini boleh dikawal pada peringkat awal mudahnya hanya melalui diet pemakanan seimbang, atau melalui pengambilan tablet (sulphonylureas, biguanides ) yang boleh mengurangkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Walaubagaimanapun, kebiasaannya pesakit masih memerlukan suntikan insulin.

Diabetes Mellitus Yang Bergantung Kepada Insulin


Dikenali sebagai Jenis 1, kencing manis jenis ini biasanya dihidapi kanak-kanak dan belia muda dan meningkat secara agresif. Terjadi akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan hormon insulin. Sistem imunisi badan dilihat mempunyai masalah, mengenalpasti sel badan normal sebagai sel islet asing, dan memusnahkannya. Kencing manis Jenis 1 ini juga boleh terjadi akibat virus dan bahan kimia.

Kencing manis jenis ini memerlukan rawatan segera dari segi pengawalan diet pemakanan dan suntikan kerana risiko kematian terhadap pesakit yang amat tinggi. Jika badan tidak mampu mendapatkan tenaga dari glukosa (dari makanan), badan akan mula menghuraikan lemak di badan sebagai sumber tenaga alternatif; ini akan mengakibatkan pengumpulan toksik ketones, yang mengakibatkan koma. 


Dianggarkan 14.2 kes baru Jenis 1 ini terjadi dari 100,000 kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun. 


✔ Anda Ada Kencing Manis? 
✔ Cepat Letih? 
✔ Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam?
✔ Banyak Ubatan Anda Cuba Tapi Bacaan Gula Dalam Darah Tak Turun-Turun?

===============
Berita Baik Untuk Anda !
=============== 

✿ 9 Dari 10 Pengguna CYPREME® Hilang Kencing Manis Mereka Dan Sembuh Sepenuhnya.

✿ Jaminan Wang Dikembalikan Tanpa Banyak Soal Jika Kesan Positif Selepas Sebotrol Penggunaan. 

✿ Hanya Titikkan CYPREME® Dalam Air Mineral Anda Dan Minum Setiap Hari,Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dan Kencing Manis Hilang Dalam 17 Hari 

===============
CYPREME® - 9 Dari 10 Pesakit KENCING MANIS Berpuas hati Menggunakannya 
===============

✯ Ianya SELAMAT Digunakan
✯ 100% Bahan Semulajadi
✯ HALAL
✯ PRODUK Muslim


Bacaan lanjut di sini.

Saturday, October 18, 2014

Komplikasi Utama Akibat Diabetes.


Diabetes ialah penyakit kronik seumur hidup. Ketidak upayaan tubuh untuk mengguna dan meyimpan glukosa (sejenis gula) meningkatkan paras glukosa darah ke paras yang tinggi. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada organ tubuh dan meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit yang lain.
Prevalens diabetes di kalangan orang dewasa di Malaysia ialah 11.5%. Prevalens ini lebih tinggi di kawasan bandar (12.2%) berbanding kawasan luar bandar (10.6%).
60% daripada kematian pesakit diabetes adalah disebabkan sakit jantung dan strok. Di kalangan pesakit diabetes, 30% mengalami penyakit buah pinggang, 50% mempunyai masalah sakit saraf, 15 hingga 40 kali untuk mendapat amputasi dan 73% mengalami tekanan darah tinggi (ADA, 2007).
Dengan melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 30 minit dan mengurangkan 5 ke 10% berat badan dapat mengurangkan risiko mendapat diabetes atau pra diabetes sehingga 58%.
Kawal diabetes anda.....


Info lanjut di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...