Thursday, November 20, 2014

Apa itu Cypreme?

APA ITU CYPREME?


CYPREME adalah sejenis cecair yang bersifat alkali dengan bacaan PHnya ialah 7.8 stabil. Terdapat empat bahan utama di dalam CYPREME iaitu:
  1. Air zam-zam
  2. Garam mineral
  3. Amber
  4. Zeolite
                Keempat-empat bahan ini merupakan bahan semulajadi. Jadi, ianya halal. Bahan-bahan ini  mengandungi kadar alkali yang tinggi dan mempunyai khasiat yang tersendiri yang membantu merawat permasalah tubuh manusia.

                Kebanyakan tubuh badan manusia adalah berasid. Asid di dalam badan berpunca daripada jenis makanan yang diambil terutamanya makanan laut dan makanan process yang mengandungi kandungan asid yang tinggi. Badan yang berasid akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kerana asid tersebut akan merosakkan organ-organ badan dan menyebabkan ia tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.

                Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi di dalam badan adalah seperti berikut:
  1. Kencing Manis
  2. Batu Karang
  3. Darah Tinggi
  4. Masalah gatal-gatal kulit
  5. Gout
  6. Gastrik
  7. Kencing Manis
  8. Batuk yang berterusan
  9. Ketumbuhan/Kanser
  10. Sakit lutut
  11. Buasir
  12. Penat/Asma
  13. Kahak
  14. Sembelit
  15. dan pelbagai masalah jasmani masakini
                Oleh yang demikian, pengambilan cecair alkali CYPREME amatlah disyorkan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit se[erti di atas. Apabila cecair ini memasuki anggota badan, ia akan meneutralkan darah dengan menyahtoxic badan secara keseluruhannya dan merawat kembali organ badan yang rosak. Dalam peroses rawatan dengan kaedah cecair alkali ini, tubuh badan manusia akan mengalami tindak balas yang dipanggil Healing Crisis. Tindakbalas badan ini berbeza mengikut individu bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi dan tahap kandngan asid dalam badan.

Antara kemungkinan tindakbalas penyembuhan yang dialami adalah sepeti:
  1. Pembuangan najis dan kencingan lebih lawas dari biasa
  2. Berdebar
  3. Letih
  4. Sakit tekak
  5. Sakit sendi
  6. Loya dan demam
               Selain itu, tempoh Healing Crisis juga akan berbeza mengikut individu. Jika keadaan ini berlaku, pengambilan CYPREME mestilah diteruskan kerana ini merupakan reaksi positif badan ke arah pemulihan.

                Walaubagaimanapun, produk ini bukanlah ubat; ia dikategorikan sebagai makanan berfungsi ubat (food as medicine) seperti yang dinyatakan oleh united states food and drug administrative (usfda) sebagai “generally regarded as safe (gras)”.  Maka produk ini tidak wajib mendapat kelulusan kementerian kesihatan (kkm), sirim dan lain-lain badan.

                Bagi penjualan secara sah produk ini hanya perlu memenuhi akta makanan 1983 dan peraturan–peraturan makanan 1985 sahaja.  Jadi, tiada istilah "overdose" kerana ia 100% bebas bahan kimia.
                Oleh yang demikian, CYPREME boleh diambil oleh semua golongan dari semua peringkat umur kerana ia bukan sahaja merawat penyakit, malah membantu mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan.

Antara kebaikan-kebaikan lain CYPREME untuk tubuh badan manusia adalah seperti berikut:
  1. Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
  2. Anti-oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas ( free radicals ).
  3. Menyahkan toksik dan meningkat sistem Metabolisma badan.
  4. Membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
  5. Menghalang dan membunuh sel kanser.
  6. Menambah kekuatan zahir dan batin.
  7. Anti -penuaan / awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
  8. Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkkan ingatan.
  9. Melancarkan perjalanan darah.
  10. Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
  11. Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
  12. Sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan. 

PENGGUNAAN CYPREME Pure Miracle Drop

- Penggunaan produk ini adalah berbeza mengikut peringkat umur dan jenis penyakit.

1.       Bayi (lingkungan baru lahir hingga 2 tahun)
-          Jika bayi mengalami demam kuning, titikkan sebanyak 1 titik jus alkali cypremeke dalam botol susu bayi tersebut dengan kadar 1 titik setiap kali minum.
-          Adalah amat disarankan supaya si ibu turut mengamalkan cypreme5, kerana khasiatnya boleh diserap oleh bayi melalui susuan ibu. Cara minum adalah dengan kadar 17  titik dalam air botol 500ml.
-          Satu titik jus alkali cypremejuga boleh dititikkan terus ke dalam mulut bayi tersebut untuk meningkatkan metabolisma badan dan melawan penyakit.


2.       Kanak-kanak
-          Boleh mengamalkan minum dengan kuantiti 5 titik dalam segelas air untuk sekali minum.
-          Boleh diminum ketika bersarapan pagi.
-          Sebagai bekal air di sekolah dengan kadar 7 titik dalam air botol 500ml.


3.       Remaja
-          Boleh mengamalkan minum sebanyak 2 hingga 3 botol air 500ml dengan kuantiti 11 titik sebotol.
-          Ianya tidak memberi kesan sampingan malahan baik untuk kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan.


4.       Dewasa dan warga emas
-          Boleh mengamalkan dengan kadar 33 titik dalam botol besar 1.5 liter dan dihabiskan dalam sehari ataupun 11 titik untuk air botol 500ml dengan kadar 2 hingga 3 botol sehari.
-          Amalkan setiap hari sebagai rutin harian.


5.       Berpenyakit ( penggunaan untuk perawatan)

5.1.    Kencing manis, gout, darah tinggi & jantung.
-          Titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral (jangan picit kuat botol cypreme)
-          Habiskan dalam masa sehari. mimum ketika perut kosong
-          Amalkan setiap hari.
-          Sapukan cecair CYPREME pada bahagian tubuh yang sakit.
-          Contohnya, bagi pesakit kencing manis perlu mencuci luka tersebut dengan kapas yang dibasahkan dengan CYPREME. Manakala bagi pesakit gout pula perlu membuat CYPREME pada bahagian yang bengkak seperti lutut.

5.2.    Buah pinggang ( untuk pesakit buah pinggang,ada cara khas)
-          Campur cypreme dengan 11 titik cypreme dengan 10 ml air mineral,kemudian sapu ke badan.
-          Jika tak cukup,buat lagi campuran yg sama. Ini supaya asid bawah kulit dineutralkan dan badan dapat mengeluarkan peluh,kerana antara masalah utama buah pinggang bermasalah adalah kerana peluh tak keluar.
-          Ini pula untuk minum:  titiskan 51 titik ke 1.5 liter air mineral. Minum sikit2
-          Supaya buah pinggang dapat terima. Bila terima,tambah sedikit demi sedikit.
-          Kalau ambil banyak terus,takut buah pinggang tak dapat terima

5.3.    Resdung
-          Minum setiap hari- titiskan 51 titik cypreme ke 1 botol air mineral 1.5 liter, minum dan habiskan dalam 1 hari.
-          Cuci muka setiap 5 hari- basuh/cuci muka dulu dgn air suam. Keringkan dengan tuala bersih. Titiskan 3 titis jus pada tapak tangan dan sapu pada muka kawasan resdung. Dahi, antara dua kening, bahagian dagu dan bahagian bawah bibir bawah. Gosok rata2 dan biar kering. Bila dah kering baru bilas dgn air.
-          Cuci hidung setiap 5 hari- titiskan 1 titis cypreme ke dlm lubang hidung kiri dan kanan. Dongak sekejap dlm 3minit sehingga terasa kahak ditekak dan rasa hidung mula berair dan cecair mula nak keluar. Keluarkan kahak dan hembus keluar cecair yg terhasil dari kerongkong dan hidung.
-          P/s: titis dlm hidung agak perit tapi insyaallah berkesan.



INFO PRODUK :

1. Cecair Alkali CYPREME adalah produk keluaran bumiputera muslim. Dikilangkan untuk Syarikat Amrulbulans Enterprise yang berpusat di Jerteh, Terengganu.


2.  Telah mula dikeluar dan dipasarkan kepada pengguna pada september 2014 secara offline dan online. Disebabkan ramuan yang terkini dan moden, produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Terkini, agen CYPREME sudah bertapak di semua kawasan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...