Showing posts with label Artikel Tentang Kencing Manis. Show all posts
Showing posts with label Artikel Tentang Kencing Manis. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Elak potong kaki


Ramai dalam kalangan kita lebih bimbang mengenai penyakit jantung dan barah yang menjadi dua penyebab utama kematian dan memberik hanya sedikit perhatian terhadap diabetes.

Sepatutnya tidak begitu kerana diabetes ialah penyakit membawa maut yang meningkat dengan cepat dan menambah risiko kepada penyakit pembunuh utama yang lain.

Kira-kira 360 juta orang kini menghidap diabetes di seluruh dunia, manakala Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) Malaysia pada 2011 menunjukkan, berlaku peningkatan daripada 14.9 peratus pada 2006 kepada 20.8 peratus pada 2011. Ini bermaksud seorang dalam setiap lima rakyat Malaysia dewasa kini penghidap diabetes.

Peningkatan jumlah penghidap diabetes selari dengan pertambahan saiz badan mereka yang berkembang secara berterusan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Diabetes ialah penyakit yang tidak boleh dipulihkan tetapi dengan usaha mencukupi, kita boleh melambat atau menghentikan komplikasi yang dikaitkan dengan kemajuan penyakit itu. Mengawal tahap glukos darah sangat penting untuk meminimumkan komplikasi yang berkait dengan diabetes.

Kawalan gula dalam darah yang tidak baik untuk satu tempoh panjang akan membawa kepada beberapa komplikasi, termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang, retinopati dan neuropati (kerosakan saraf).

Kerosakan saraf diabetes

Hilang deria rasa, rasa kebas, berdenyut-denyut, sakit, rasa terbakar, malah rasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum pada kaki, jari kaki, jari tangan, lengan dan tangan ialah gejala kerosakan saraf.

Kerosakan saraf juga boleh berlaku dengan senyap, maksudnya anda langsung tidak menunjukkan gejala. Keadaan ini sangat berbahaya, terutama bagi penghidap diabetes dan pradiabetes. Tahukah anda, sehingga 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes juga mengalami beberapa jenis kerosakan saraf?

Jika tindakan segera tidak diambil, keadaan ini akan membawa kepada pemotongan anggota iatu satu daripada komplikasi neuropati yang paling berpotensi menjadi serius.

Diabetes penyebab utama pemotongan anggota bawah di seluruh dunia
Doktor meramalkan hampir separuh daripada semua pemotongan anggota disebabkan oleh neuropati dan masalah peredaran yang boleh dielakkan.

Di Malaysia, sejumlah besar pesakit diabetes dimasukkan ke wad ortopedik di hospital kerajaan disebabkan komplikasi kaki diabetes. Majoriti daripada mereka perlu tinggal di hospital untuk tempoh lama dan perlu dimasukkan ke wad serta dibedah berulang kali.

Segelintir pula memerlukan pemotongan di sekeliling kaki atau buku lali, manakala segelintir lagi terpaksa menerima pemotongan di bawah atau atas lutut. Risiko mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar untuk seseorang yang menghidap diabetes.

Faktor yang membawa kepada pemotongan anggota

Beberapa faktor utama biasanya menyebabkan pengulseran dan seterusnya amputasi. Ini termasuk:

i) Neuropati periferal yang mengurangkan deria rasa-mungkin ada sebiji batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya.

ii) Penyakit vaskular-yang mengurangkan aliran darah ke kaki.
Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pesakit mudah mendapat ulser dan lepuhan yang boleh membawa kepada jangkitan dan jika dibiarkan akan membawa kepada pemotongan.

Penghidap diabetes harus mendapat pendidikan asas mengenai penjagaan kaki dan memastikan mereka membuat pemeriksaan kaki secara tetap. Risiko mendapat pengulseran boleh dinilai melalui pemeriksaan klinikal asas terhadap kaki pesakit.

Selain mengamalkan penjagaan kaki dan kebersihan diri yang baik, penghidap diabetes hendaklah mengambil ubat merendahkan gula dalam darah pada setiap hari seperti dipreskripsikan oleh doktor mereka. Jangan sesekali tertinggal satu dos.

Satu makanan tambahan yang berguna untuk penghidap diabetes dikenali sebagai mecobalamin sebenarnya ditemui oleh sepasukan saintis Jepun. Bentuk aktif vitamin B12 ini membantu regenerasi saraf periferal yang rosak.
Mecobalamin-Vitamin B12 yang aktif.

Mecobalamin ialah satu bentuk vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi yang penting kepada sistem saraf pusat dan periferal iaitu untuk membantu melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf dan menggalakkan saraf sihat.

Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan bentuk B12 yang tidak aktif iaitu 'cyanocobalamin' kepada mecobalamin kerana ia menjadi aktif apabila diambil secara oral. Mengambil 500 mikroram (mcg) mecobalamin tiga kali sehari selama empat bulan berjaya menghasilkan penurunan kerosakan saraf periferal penghidap diabetes.

Penyelidikan juga membuktikan bentuk Vitamin B12 yang aktif ini, mecobalamin, lebih berkesan berbanding Vitamin B12 yang biasa (cyanocobalamin) untuk memulihkan semula saraf rosak dalam kalangan penghidap diabetes.

Panduan penjagaan kaki harian untuk penghidap diabetes:

1. Periksa kaki dan jari anda setiap hari dan bersihkan dengan sabun lembut. Sabun yang kasar mungkin merosakkan kulit.

2. Rasa suhu air dengan jari tangan atau siku anda sebelum memasukkan kaki ke dalam air kerana penghidap diabetes tidak dapat membezakan sama ada air itu terlampau panas atau sejuk. Kelecuran mungkin boleh berlaku dengan mudah.

3. Perlahan-lahan lap dan keringkan kaki anda, terutama di celah jari kaki. Jangkitan boleh berlaku di tempat lembap.

4. Jika kaki anda terlalu kering, ia mungkin merekah dan menyebabkan jangkitan. Lembutkan kulit yang kering dengan menyapu losyen, jeli petroleum, lanolin atau minyak. Elak menyapu di celah jari kaki jika ada kudis atau jangkitan di situ.

5. Maklumkan doktor anda dengan segera jika wujud kudis, lecur, lebam, luka atau sebarang perubahan lain pada badan anda.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7510#sthash.QTWSsoYs.dpuf

Inginkan penawar kepada penyakit kencing manis?

Sila klik di sini.

Sunday, October 19, 2014

Diabetes perosak saraf



Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama ayahnya, Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun sehingga lelaki berkenaan kehilangan sebelah kakinya akibat dipotong. 

Ayahnya didiagnosis dengan diabetes 15 tahun lalu dan mengalami kerosakan saraf akibat penyakit itu dengan gejala seperti rasa kebas dan berdenyut-denyut pada kakinya. 

Tahukah anda, hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi (pemotongan anggota badan) jika penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil? 

Adakah anda juga mengalami gejala sama dengan yang dialami ayah Hana? 

Jika ya, teruskan membaca. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala kerosakan saraf yang biasa, jangan biarkannya kerana kesan pengabaian yang paling kejam boleh membabitkan pemotongan kaki. Marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan komplikasinya. 

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian iaitu neuro yang merujuk kepada saraf dan pati iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal ialah satu keadaan yang membabitkan saraf di luar sistem saraf pusat, terutama pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik dari otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelak daripada bahaya dan jauh daripada benda yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Tahap keseriusan gejala kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit kepada seorang pesakit yang lain. Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan, iaitu tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah gejala biasa bagi kerosakan saraf.

Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk, manakala orang lain pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes membawa kepada amputasi?
Pemotongan ialah komplikasi neuropati yang boleh menjadi serius. Tahukah anda bahawa risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar kepada seorang penghidap diabetes berbanding seorang yang normal?

Kemungkinan seorang penghidap diabetes terpaksa dipotong kaki lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat. Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar kecederaan yang dialami dan ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka, seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan. Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama dalam merawatnya ialah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada dalam julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya gejala akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan glukos dalam darah juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah yang selanjutnya.

Saintis Jepun mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin iaitu satu bentuk vitamin B12 yang aktif untuk regenerasi saraf.

Mecobalam ialah sebentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan sianokobalamin iaitu bentuk B12 yang tidak aktif kepada mecobalamin kerana ia aktif secara oral.

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisme unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang. Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuk neuropati periferal.

Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menggalakkan saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Diabetes Mellitus mendapati bahawa mecobalamin sebanyak 1500mcg sehari yang diambil setiap hari mengurangkan berlakunya gejala polineuropati diabetes yang biasa dan tidak menyenangkan seperti rasa kebas, sesemut, lemah dan sakit. 

Selain itu, gejala baru tidak muncul dalam tempoh pemerhatian selama 24 minggu.

Tanyalah ahli farmasi anda mengenai jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak.

Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi selanjutnya.

Sumber : Harian Metro






✔ Anda Ada Kencing Manis? 
✔ Cepat Letih? 
✔ Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam?
✔ Banyak Ubatan Anda Cuba Tapi Bacaan Gula Dalam Darah Tak Turun-Turun?

===============
Berita Baik Untuk Anda !
=============== 

✿ 9 Dari 10 Pengguna CYPREME® Hilang Kencing Manis Mereka Dan Sembuh Sepenuhnya.

✿ Jaminan Wang Dikembalikan Tanpa Banyak Soal Jika Kesan Positif Selepas Sebotrol Penggunaan. 

✿ Hanya Titikkan CYPREME® Dalam Air Mineral Anda Dan Minum Setiap Hari,Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dan Kencing Manis Hilang Dalam 17 Hari


 
Bacaan lanjut di sini.

Thursday, October 16, 2014

Sarapan penting


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi 

imas@mediaprima.com.my 

Pernahkah anda dengar pepatah popular Inggeris yang berbunyi, 'ambillah sarapan seperti seorang raja, makan tengah hari seperti seorang puteri dan nikmati hidangan malam seperti seorang pengemis'.

Ramai tahu sarapan adalah hidangan harian paling penting untuk menjana kehidupan sihat namun berapa ramai sempat berbuat demikian?

Sarapan mempunyai banyak kebaikan terutama membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes melitus jenis kedua (Type 2).

Diabetes adalah penyakit kronik yang kekal seumur hidup dan jika tidak dikawal, ia boleh membawa komplikasi serius termasuk serangan jantung, buah pinggang, penyakit mata, kerosakan saraf dan ulser hinggalah amputasi kaki. Di Malaysia, 2.6 juta penduduk menderita diabetes kerana mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Menurut Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Norlaila Mustafa, meninggalkan sarapan sebagai rutin harian memberi kesan terhadap profil pesakit diabetes.

"Sarapan bukan saja boleh menghindar rasa lapar tapi membantu mengelak tabiat terlebih makan di sebelah tengah hari.

"Malah, sarapan menggalak pengambilan jumlah tenaga sepatutnya, sekali gus mengurangkan risiko obesiti yang menjadi punca diabetes," katanya ketika memberi taklimat, Kaitan antara Sarapan dan Diabetes di Kalangan Wanita dan Kanak-kanak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Taklimat anjuran Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2014 pada 14 November depan. Aktiviti menarik antaranya Larian dan Jalan Kaki Amal di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 9 November ini.

Sementara itu, Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Penganjur Hari Diabetes Sedunia 2014, Datuk Dr Mohamed Badrulnizam Long Bidin berkata, MEMS menggalakkan penyertaan ramai dalam Larian dan Jalan Kaki Amal sebagai simbolik amalan gaya hidup bebas pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2348#sthash.JLJAgxN9.dpuf


Cypreme-Penawar Alternatif Moden Penyakit Kencing Manis


9 daripada 10 Pesakit Kencing Manis Sembuh Selepas Mencuba Cypreme


Bacaan Lanjut Di sini.

Wednesday, October 15, 2014

Info Lengkap Diabetes


Apa Dia Penyakit Kencing Manis

Diabetes bermaksud kencing manis yang merupakan sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin.

Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat.

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa

Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. 

Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Hormon Insulin disuntik atas nasihat doktor
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. 

Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. 

Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Bagi pesakit kencing manis, sel-sel pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan segala makanan bergula kepada tenaga. Akibatnya segala zat dan nutrisi penting untuk sel-sel di kaki tidak sampai. Akibat itu sel-sel di kaki akan mudah mati dan menjadi HITAM seperti terbakar.
Foot gangrene akibat tahap kencing manis tidak terkawal

Apabila keadaan lebih teruk, jangkitan kuman akan berlaku dan mungkin menjangkiti sel-sel darah merah dan akan merebak seluruh badan, pesakit akan merasa demam dan menjadi lemah. Sel-sel saraf pula akan mati dan mereka akan merasa kebas kaki.

Jika dibiarkan maka jangkitan kuman akan merebak dgn begitu CEPAT ke bahagian peha. Dan mungkin jika keadaan terlalu teruk, mungkin kaki terpaksa dipotong !

Bagaimana Tubuh Anda Mendapat Tenaga Secara Normal
 
Apa yang kita makanproses pencernaan menghuraikan permakanan kepada glukosa (gula), diserap melalui salur penghadaman dan memasuki aliran darah, dimana ia menuju ke sel sel tubuh untuk di gunakan sebagai punca tenaga.

Apabila paras gula dalam darah meningkat, pankreas kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang yang dinamakan [insulin] kedalam aliran darah kita.
Sistem Pencernaan Makanan Manusia

Insulin bertindak untuk membantu penyerapan glukosa ke dalam sel sel badan. Glukosa akan digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini akan digunakan serta-merta atau disimpan. Proses ini mengembalikan gula ke paras normal.

Siapakah Pengidap Kencing Manis?
 
Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis, sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.
Obesiti meningkatkan risiko mendapat kencing manis

Tanda & Gejala kencing manis?
 
                         1. Kerap membuang air kecil.
                         2. Terasa amat dahaga dan cepat lapar.
                         3. Kabur penglihatan.
                         4. Nafas berbau manis.
                         5. Penurunan berat badan.
                         6. Keletihan.
                         7. Apabila terluka lambat sembuh.

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat dikawal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akandimusnahkan di dalam perut jika dimakan.

Pil
Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini. 

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntikan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadap anda, akan menentukan sama ada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda.

Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh iturawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting


  • Berfungsi Menurunkan Bacaan Gula
  • Berfungsi Merawat Luka-Luka Disebabkan Kencing Manis
  • Mengeluarkan Asid Yang Berbahaya Dari Badan
  • Melawan Kanser
  • Meningkatkan Ketahanan Badan

Ubat
  • Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil
  • Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna
  • Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor
  • Pemeriksaan dari semasa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis
Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan. 

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian.

Panduan Makanan

Makanan yang patut dielakkan
  • Gula
  • Gula melaka
  • Coklat
  • Jem
  • Madu
  • Sirap
  • Aiskrim
  • Biskut-biskut yang manis
  • Susu pekat
  • Minuman ringan
  • Gula-gula jeli
  • Minuman manis dan bergas
  • Makanan berminyak dan berlemak
  • Lemak daging dan kulit ayam
  • Makanan berkanji
  • Buah-buahan manis seperti dokong, langsat, durian, pisang, nenas dan lain-lain
  • Serbuk perasa
  • Susu cair/ susu tepung
  • Semua jenis ikan bersengat dan berduri (Sembilang, Fatin, Pelotan, Seludu, Keli)
  • Sotong, Ketam dan udang
  • Sayur bayam dan daun asin-asin (pucuk manis)
  • Umbut kelapa dan umbut pisang
  • Alkohol
Pengambilan nasi haruslah dikawal kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi
Makanan yang patut dikurangkan
  • Nasi
  • Roti
  • Ubi kentang
  • Ubi keledek
  • Ubi kayu
  • Jus
  • Kelapa
  • Daging kambing
  • Buah-buahan jeruk
  • Bahan-bahan tenusu
  •  
Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
  • Serbuk lada
  • Rempah-rempah
  • Serbuk kari
  • Cecair – air,teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
  • Sayur-sayuran – kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato,bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.
  •  
Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin kurang berkesan dalam orang yang gemuk.

Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.

Kalau anda gemuk ? Kurangkan makan ! Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak. Bersenamlah selalu !

Senaman

Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun.

Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.
  
Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman.
Senaman menambahkan pembakaran gula dalam badan

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
  • Selalu menjaga kebersihan diri
  • Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak / Mandilah selalu
  • Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
  • Jaga kebersihan gigi
  • Menjauhkan diri dari kecederaan
  • Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
  • Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
  • Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
  • Berhati-hati semasa bercukur
Penjagaan kaki

Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda dengan perkara berikut :

Elakkan daripada memakai kasut yang ketat
  • Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
  • Jangan pakai kasut yang ketat
  • Sentiasa urutkan kaki anda
  • Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
  •  
Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
  • Buta
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sakit jantung dan penyakit lumpuh
  • Darah tinggi
  • Penyakit saraf - Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
  • Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
  • Tidak sedarkan diri
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut. Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik.

Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan !

DIABETES JENIS 1 DAN 2
 

DIABETES JENIS 1 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)

1. Ia jarang berlaku tetapi keadannya lebih teruk.
2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun.
3. Terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
4. Tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Tidak dikaitkan dengan kegemukan.
6. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dari gejala amaran yang serius.

 

DIABETES JENIS 2 (NON INDEPENDENT DIABETES MELITUS)

1. Ia biasa berlaku.
2. Terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa berusia 35 tahun ke atas.
3. Terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi     menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
4. Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
5. Dikaitkan dengan kegemukan.
6. Merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlaku komplikasi.

 
APA YANG BERLAKU APABILA ANDA MENGHIDAP DIABETES JENIS 2

KOMPLIKASI AKUT PADA PESAKIT KENCING MANIS...YANG PERLU ANDA TAHU.....

HIPOGLISEMIA - Paras gula yang sangat rendah. Boleh berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak insulin atau pil diabetes. Tidak dimakan atau lewat makan atau terlebih mengambil ubat-ubatan untuk masalah kesihatan lain, boleh menyebabkan penurunan paras gula dalam darah. Jika paras gula dalam darah ini tidak di kembalikan ke paras normal dengan segera, Ia boleh menyebabkan sawan atau koma hipoglisemia.

Pesakit diabetes yang mempunyai tekanan darah serta paras kolesterol yang tinggi mungkin juga mendapat penyakit salur darah, (serangan jantung atau strok ). Tinjauan kesihatan kebangsaan. (The National Health AndM Orbidity Survey II [NHMSII] ) yang di adakan pada tahun 1997 menunjukkan bahawa di kalangan pesakit diabetes di Malaysia, 10.9% mempunyai tekanan darah tinggi dan 22.8% mempunyai hiperkolesterolemia.Di samping itu. serangan jantung dan strokadalah penyebab kematian yang utama dan ketiga penting di Malaysia.
Diabetes turut menyumbang kepada komplikasi jantung

Pesakit diabetes juga boleh mengalami masalah peredaran darah yang lemah akibatnya melambatkan penyembuhan apabila luka, mudah terkena jangkitan pada kulit dan mudah berlaku kerosakan pada kaki dan tangan. Serta kegagalan ereksi (MATI PUCUK) atau E.D.S (Erectile Dysfunctional Syndrome).

Jika paras gula kita tinggi ia akan menambahkan kerja buah pinggang, akhirnya iamerosakkan pada penapis dalam buah pinggang, dan akibatnya ia menambah risiko kandungan gula yang tinggi di dalam air kencing.

PARAS GLUKOSA DARAH PADA ORANG YANG TIDAK MENGHIDAPI KENCING MANIS (JIKA BERPUASA (4.4-6.1 mmol/L). JIKA TIDAK BERPUASA(4.4-8.0 mmol/L) 

PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL DI KALANGAN PENGHIDAP KENCING MANIS (BERPUASA (5.0-7.2 mmol/L ) TIDAK BERPUASA (<10.0> )

Diabetes – Ibu Segala Penyakit

Komplikasi termasuk jantung, buta, strok
 
Faktanya - setiap 10 saat, dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia manakala empat juta lain maut akibatnya setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, diabetes juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut.

Menggerunkan bukan? Hakikatnya, di Malaysia sendiri, kira-kira 1.2 jutarakyatnya disahkan penghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.

Setiausaha Am Persatuan Diabetes Malaysia, Datuk Rahimah Ahmad berkata, faktor Malaysia yang diketahui kaya pelbagai jenis hidangan yang lazat, sedikit sebanyak menjadikan ramai leka dengan kandungan gula dan kalori makananyang diambil.

“Faktor ini digabung pula dengan gaya kehidupan moden kurang aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes diabetes yang ketara di negara ini,” katanya ketika merasmikan acara kempen kesedaran diabetes kepada orang awam anjuran persatuan itu, baru-baru ini.

Selain penyakit maut, diabetes juga kerap dirujuk sebagai ibu segala penyakit kerana memungkinkan pesakitnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatanseperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. Malah, risiko serangan angin ahmar sememangnya lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes berbanding bukan penghidap penyakit itu.

Bukan itu saja, pesakit diabetes juga berisiko hingga empat kali ganda terhadappenyakit jantung atau yang berkaitan kardiovaskular.

Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Kanan Endokrinologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menegaskan, diabetes adalah penyakit seumur hidup yang setakat ini tidak boleh disembuhkan.
Namun, usaha mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat-ubatan mengikut keperluan adalah kaedah pengurusan diabetes yang baik.

“Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun,” katanya.

Biarpun diabetes dikenali sebagai penyakit orang dewasa, namun kebelakangan ini diabetes Jenis Dua terbukti semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja. Ia dikaitkan dengan masalah terlalu gemuk atau obesiti, kurang bersenam dan diet tidak sihat.

“Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca kegemukan yang membawa kepada diabetes. Malah hari ini, tidak menghairankan jika anda mengenali seorang pesakit diabetes yang hanya berusia 12 atau 10 tahun,” katanya.

Jelas Dr Mafauzy, berdasarkan Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2006, menyenaraikan Negeri Sembilan dan Melaka sebagai negeri yang mencatatkan kadar peratusan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia manakala kadar diabetes terendah adalah di Sabah.

“Faktor genetik sememangnya penyumbang besar masalah diabetes. Di Malaysia, majoriti pesakit diabetes berketurunan India diikuti Melayu dan Cina.

“Namun perlu diingat, jika seseorang itu lahir dalam keluarga yang ada sejarah penyakit itu maka risiko untuknya menghidap diabetes sangat tinggi. Oleh itu, langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah pemakanan sihat dan lakukan senaman,” katanya.

Dr Mafauzy berkata, tidak ramai yang tahu, tetapi hakikatnya hampir 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia adalah daripada Jenis Dua. Selain faktor genetik, diabetes jenis ini turut dikaitkan dengan obesiti dan tidak aktif secara fizikal.

Diabetes Jenis Dua ini juga satu masalah kronik yang menjejaskan kaedah tubuh menangani glukos. Ini disebabkan diabetes jenis ini menyebabkan tubuh menolak kesan insulin atau tubuh tidak menghasilkan kadar insulin mencukupi bagi mengekalkan tahap glukos normal.

Diabetes Jenis Dua juga tidak memerlukan insulin sepanjang hayat tetapi anda boleh mengawal glukos dalam darah dengan diet, bersenam atau kombinasi pengambilan ubat-ubatan atau di kalangan sesetengah pesakit mungkin perlu mengambil sedikit insulin
“Ada kala pesakit menunggu simptom datang sebelum mendapat rawatan. Namun, ada kala mereka langsung tidak sedar simptom yang ditunjukkan tubuh mereka. Ia menyebabkan mereka hanya tahu diserang diabetes secara tidak sengaja selepas terjadinya komplikasi kesihatan,” katanya.

Kadang kala, jika ada simptom pun, ia sangat minimum. Secara umum simptom diabetes adalah kerap membuang air kecil (polyuria), kerap dahaga (polydipsia), kerap lapar (polyphagia) dan hilang berat badan tanpa sebab yang khusus, rasa kebas yang ekstrim, rasa sakit pada kaki (disesthesias) dan penglihatan kabur.

Bagi jangka masa yang lama, diabetes menyebakan komplikasi pada jantung, salur darah, mata, ginjal juga saraf. Retinopati misalnya adalah sebab utama buta dan ia terjadi kerana jangka masa panjang. Retinopati menyebabkan kerosakan pada salur darah kecil di retina.

Secara umum tanpa pengurusan diabetes yang baik, selepas 15 tahun menghidap diabetes, dua peratus pesakit menjadi buta manakala 10 peratus berhadapan dengan masalah penglihatan.

Secara lebih teknikal pula, komplikasi diabetes terbahagi kepada komplikasi mikrovaskular (membabitkan salur darah kecil) seperti buah pinggang (nephropathy), saraf rosak (neuropathy), penglihatan terjejas (retinopati, katarak atau glaukoma).

Manakala komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) menyebabkan masalah seperti jantung, angin ahmar, gangrene dan akhirnya kaki dipotong (amputasi) selain masalah metabolik, mati pucuk dan masalah waktu hamil.


INFO: Faktor Risiko Diabetes Jenis Dua

Usia dan bangsa - semakin anda berusia semakin tinggi risiko diserang diabetes. Apatah lagi jika anda dari keturunan kulit hitam, Asia Selatan dan kaukasian. Dalam satu kajian di United Kingdom didapati mereka yang berketurunan kulit hitam dan Asia Selatan (India, Pakistan, Bangladesh) adalah lima kali lebih berisiko diserang diabetes berbanding mereka yang berkulit putih.

Genetik - jika ada lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah diabetis. Risiko anda lebih tinggi jika ahli keluarga itu adalah emak atau ayah malah bapa saudara sama ada sebelah ibu atau ayah.

Obesiti - kebanyakan mereka yang menghidap diabetes Jenis Dua adalah obes. Lebih gemuk seseorang itu lebih tinggi risikonya. Apatah lagi jika tidak aktif bersenam.

Diabetes waktu hamil - wanita yang diserang diabetes waktu hamil berisiko untuk menghidap diabetes. 


Berita Baik Untuk Anda !
  • 9 Dari 10 Pengguna Cypreme Hilang Kencing Manis Mereka Dan Sembuh Sepenuhnya 
  • Jaminan Wang Dikembalikan Tanpa Banyak Soal Jika Kesan Positif Selepas Sebotol Penggunaan
  • Hanya Titikkan Cypreme Dalam Air Mineral Anda Dan Minum Setiap Hari, Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dan Kencing Manis Hilang Dalam 17 Hari!
Maklumat Lanjut Di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...