Friday, November 7, 2014

5 Mitos Tentang Penyakit Kencing Manis


oleh: Dr. Nur Hidayati

Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap kencing manis. Walaupun ramai rakyat kita yang menghidap kencing manis, masih ramai yang tidak memahami penyakit ini secara mendalam.

Mitos 1 : Kencing manis adalah akibat makan banyak makanan yang manis

Fakta ini ada benar dan ada yang salah. Tidak semua pesakit kencing manis mendapat penyakit ini kerana makan makanan manis dengan banyaknya. Anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kencing manis jika ada di kalangan keluarga anda menghidap kencing manis (seperti ibu bapa dan adik beradik). Jika anda mempunyai berat badan berlebihan – anda juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kencing manis. 

Diet yang terdiri daripada makanan berkalori tinggi dan berlemak (sama ada manis atau tidak) boleh mengakibatkan obesiti. Oleh itu, jika anda mahu mengurangkan risiko anda untuk menjadi obes – pemakanan yang berkalori tinggi hendaklah dielakkan.

Sekiranya masih mahu makan makanan manis, ambillah dalam kuantiti yang terhad dan pada masa yang sama mengamalkan senaman yang bersesuaian.

Mitos 2: Pesakit kencing manis lebih senang menghidap jangkitan kuman

Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengawalnya dengan baik, anda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding orang yang sihat. Malah, jika pesakit kencing manis dijangkiti oleh kuman, risiko kematian mereka lebih tinggi berbanding mereka yang sihat. 

Maka, pesakit kencing manis perlu menjaga kebersihan diri terutamanya bahagian gigi dan kaki, memeriksa bahagian tubuh untuk ulser dan menjaga kebersihan bahagian ulser untuk mengelakkan jangkitan bakteria pada bahagian yang luka.

Mitos 3: Saya gagal untuk mengawal kencing manis menyebabkan doktor saya menghukum saya untuk mengambil insulin/ubatan

Kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus type 2) adalah akibat tisu tubuh kita menjadi kebal terhadap kesan insulin yang dihasilkan dalam badan. Maka, walaupun gula dalam darah adalah tinggi, tisu tubuh tidak mampu menggunakan gula dalam darah dengan berkesan. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.

Pada peringkat awal penyakit kencing manis khususnya jenis 2, boleh diatasi dengan mengawal kalori dalam pemakanan kita dan bersenam untuk mencapai berat badan yang ideal.  Namun, untuk kebanyakan pesakit kencing manis jenis 2, penyakit ini boleh menjadi lebih teruk di mana kawalan pemakanan yang baik dan senaman harian sahaja tidak memadai untuk mengawal paras gula dalam badan ke tahap yang sempurna atau selamat.

Pada peringkat ini – doktor akan menyarankan ubat kencing manis termasuklah insulin untuk mengawal kandungan gula dalam badan. Jika anda tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini dan paras gula anda kekal di paras tinggi, anda boleh mendapat akibat buruk atau komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, strok, serangan sakit jantung atau buta akibat katarak atau masalah retinopati diabetik.

Mitos 4: Kencing manis bukan masalah kesihatan serius

Tahukah anda penyebab majoriti kegagalan buah pinggang sehingga bergantung pada mesin dialisis di Malaysia adalah kencing manis?

Tahukah anda jika anda menghidap kencing manis – anda berisiko tinggi menghadapi  maut dari angin ahmar atau serangan penyakit jantung?

Tahukah anda bahawa kencing manis adalah penyebab paling tinggi buta dan hilang upaya akibat amputasi dalam golongan dewasa Malaysia?

Tahukah anda penghidap penyakit kencing manis berpotensi mendapat keadaan yang dinamakan ‘diabetic ketoacidois’ atau ‘hyperglycemic hyperosmolar syndrome’ yang boleh mengakibatkan maut?

Adakah kematian dan kehilangan upaya masalah yang bukan serius?

Jika anda bersetuju bahawa kencing manis adalah masalah kesihatan serius, jangan ambil mudah jika paras gula anda di tahap berlebihan dan bahaya. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis kerana pada peringkat awal, mereka tidak mengalami sebarang simptom penyakit ini. Oleh itu, anda disarankan memeriksa paras gula anda walaupun anda tidak mengalami apa-apa simptom.

Mitos 5: Golongan tua sahaja mendapat kencing manis

Terdapat kanak-kanak seawal tujuh tahun telah didapati menghidap kencing manis. Dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit kencing manis selalunya terdiri daripada kencing manis jenis 1 (diabetes mellitus type1) yang lebih disebabkan oleh faktor genetik dan autoimun. Namun, makin ramai kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit kencing manis jenis 2. 

Kebanyakan mereka mempunyai berat badan berlebihan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Justeru itu, ibu bapa disarankan mengawal pemakanan anak-anak dari kecil lagi. Ibu bapa juga harus mencegah tabiat makan makanan segera atau snek yang tidak berkhasiat.

Kanak-kanak juga hendaklah digalakkan bersenam dari peringkat kecil supaya ia menjadi tabiat yang sihat dan diamalkan secara berterusan apabila mereka meningkat dewasa. Bawalah mereka menyertai kegiatan luar seperti bersukan dan aktiviti lasak yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Galakkan mereka menceburi aktiviti yang aktif. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan gejala obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia dan seterusnya membendung peningkatan kes kencing manis di kalangan mereka.

14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Manfaatkanlah hari ini untuk menukar cara hidup anda ke arah yang lebih sihat untuk bebas dari penyakit kencing manis.

Bacaan lanjut di sini.

Sunday, November 2, 2014

Apakah diabetes mellitus


Apakah diabetes mellitus?
  • Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami diabetes mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes mellitus jenis 1.
    • Diabetes mellitus jenis 2.
  • Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit ini sering berlaku?
  • Kejadian diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti
Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus?
  • Sebab diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
  • Sebab-sebab lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY).
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
  • Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
  • Rasa haus yang amat sangat.
  • Berat badan menurun.
  • Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
  • Sakit perut dengan atau tiada muntah.
  • Sakit kepala.
  • Masalah tingkah laku.
  • Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).
Apakah "diabetic ketoacidosis"?
  • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
  • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
Diabetes mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.
Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?
Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.
Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.
Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.
Apakah hipoglisemia dan bagaimana anda mengenalinya?
Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang dia mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.
Tanda dan gejala hipoglisemia:
  • Berpeluh sejuk/berpeluh banyak.
  • Menggeletar.
  • Letih dan lesu.
  • Perubahan tingkahlaku/tidak sedar diri.
  • Tahap glukos rendah semasa pemantauan di rumah.
Bagaimana merawat diabetes mellitus dikalangan kanak-kanak?
  • Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan diabetes dellitus hospital (hospital diabetes team) seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Fisioterapi, Terapi Carakerja, Pakar Otopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.
  • Sekiranya anak anda mempunyai diabetes mellitus jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
  • Dalam diabetes mellitus jenis 2, ubat secara oral (makan) dan suntikan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
  • Untuk kedua-dua jenis diabetes mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
  • Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.
  • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta hari bulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
  • Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai diabetes mellitus.
  • Pegawai Dietetik akan kerap kali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal tahap glukos dalam darah.
  • Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap kerana ini boleh membantu mengurangkan tahap glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan.
  • Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa untuk rawatan atau nasihat.
  • Kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara berkala dan dipantau oleh doktor.
Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami diabetes mellitus?
Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.
Bolehkah diabetes mellitus dicegah?
  • Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat diabetes mellitus jenis 1.
  • Untuk diabetes mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemulihan
Kanak-kanak yang tidak mengawal diabetes mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.
Bacaan lanjut di sini.

Saturday, November 1, 2014

Tanda-tanda Kencing Manis



Tanda-tanda kencing manis adalah berlainan di antara pesakit diaetes, ia bergantung kepada jenis kencing manis yang seseorang itu hidapi. Bagi seseorang wanita tersebut mengalami kencing manis kehamilan, dia mungkin tidak mengalami sebarang tanda-tanda kencing manis yang jelas.

Berikut merupakan tanda-tanda yang biasa di wujud pada pesakit kencing manis jenis 1 atau jenis 2:
  • Kekerapan buang air kecil meningkat
  • Kerapa rasa dahaga walaupun sudah minum air yang cukup
  • Sentiasa rasa lapar dan tidak bertenaga
  • Kehilangan berat badan yang mendadak
  • Penglihatan yang menjadi semakin kabur (tahap serius)
  • Luka yang lambat sembuh (tahap kronik)
  • Senang menghidap jangkitan penyakit pada kulit, gusi atau bahagian kemaluan (khasnya bagi wanita).
Jika anda mengesyaki anda sedang megalami beberapa tanda-tanda kencing manis tersebut dan mengesyakit bahawa andan mungkin telah menghidap kencing manis, anda perlu pergi jumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang lebih sempurna untuk mengenalpasti. 

Semakin awal anda mengenalpasti bahawa anda telah menghidap kencing manis, semakin besar kemungkinan untuk mengawal dan menyembuhkannya.

Kencing manis Jenis 1 adalah penyakit yang tidak boleh dicegah dan biasanya dijumpai di antara kanak-kanak atau remaja muda. Manakala kencing manis jenis 2 pula biasanya berlaku pada golongan orang dewasa yang lebih luas dan ia boleh dicegah.

Maklumat lanjut di sini.

Friday, October 31, 2014

Komplikasi Kaki Pesakit Kencing Manis



Orang yang mempunyai kencing manis boleh mengalami bermacam-macam masalah kaki. Dalam kebanyakan kes, masalah yang biasa boleh menjadi lebih buruk dan membawa kepada komplikasi yang serius.

Masalah kaki diabetis yang sering berlaku adalah  kerosakan saraf, juga dikenali sebagai neuropati (diabetes neuropathies), yang mengakibatkan kehilangan rasa di kaki dan juga pengaliran darah yang terganggu sehinggalah perubahan dalam struktur bentuk kaki atau jari kaki.

Neuropati Kencing Manis

Walaupun ia boleh mencederakan, kerosakan saraf  yang disebabkan oleh kencing manis juga boleh mengurangkan kemampuan anda untuk merasa sakit, panas, dan sejuk. Kehilangan perasaan sering bermakna anda tidak boleh merasai kecederaan terdapat pada kaki. Contohnya, anda boleh termasuk ketulan batu kecil ke dalam kasut anda dan berjalan sepanjang hari tanpa mengetahui. Anda mungkin tidak perasan mengenai kecederaan kaki sehingga kulit rosak dan terjangkit.

Perubahan Kulit 

Kencing Manis boleh menyebabkan perubahan pada kulit kaki anda. Ada kalanya kaki anda boleh menjadi sangat kering sehingga kulit boleh mengupas dan retak. Ini adalah kerana saraf yang mengawal minyak dan kelembapan di kaki tidak lagi berfungsi dengan lancar ekoran daripada komplikasi kencing manis.


Selepas mandi, keringkan kaki dan memastikan kelembapan kulit kaki dengan losyen kulit atau krim kulit yang tidak dicampur bahan kimia wangi.
Kulit Kasar (
Calluses). Kulit kasar bertumbuh dengan lebih kerap dan cepat pada kaki pesakit kencing manis. Ini adalah akibat daripada tekanan yang lebih tinggi kawasan di bawah kaki.

Jika kulit kasar tidak dipotong ia akan menjadi semakin tebal dan akhirnya menjadi retak dan mendedahkan kaki terhadap risiko ulser atau luka terbuka. Jangan cuba untuk mengurangkan kulit kasar sendiri – ini kerana ia boleh menyebabkan ulser dan jangkitan bakteria. Minta pakar untuk memotong atau kulit kasar anda. Anda juga dinasihat supaya jangan cuba untuk menghapuskan kulit kasar agen kimia. Produk-produk ini boleh membakar kulit anda.

Sebagai langkah kawalan, menggunakan batu timbul setiap hari untuk mengisar kulit kasar setiap hari.

Ulser Kaki Jenis Kencing Manis

Ulser berlaku paling sering pada bola kaki atau pada bahagian bawah kaki besar.Ulser di bahagian kaki biasanya disebabkan kasut yang kurang sesuai. Walaupun ulser tertentu tidak menyakitkan, ia masih harus dilihat oleh pembekal penjagaan kesihatan anda dengan segera. Mengabaikan ulser boleh menyebabkan jangkitan yang lebih ketara yang boleh boleh membawa kepada kehilangan anggota badan.


Peredaran Darah yang Kurang Bagus

Peredaran darah yang terganggu boleh membuat kaki anda kurang mampu untuk melawan jangkitan dan menyembuhkannya. Diabetes menyebabkan saluran darah pada kaki dan kaki menjadi sempit dan keras. Anda boleh mengawal beberapa faktor yang menyebabkan aliran darah yang lemah. Jangan merokok; ini boleh mengelakkan pengerasan kapilari darah. Juga, mengikut nasihat pembekal penjagaan kesihatan anda untuk menjaga tekanan darah dan kolesterol di bawah kawalan.


Apabila kaki anda rasa sejuk, anda mungkin terdorong untuk memanaskannya. Malangnya, jika kaki anda tidak dapat merasa panas, ia adalah mudah bagi anda untuk membakar kaki anda dengan air panas, botol air panas, atau alat pemanas yang lain. Cara terbaik untuk mengatasi kesejukan kaki adalah memakai stoking panas.

Pemotongan

Pesakit kencing manis jauh lebih cenderung untuk mempunyai kaki atau kaki dipotong daripada orang lain. Kenapa? Ramai pesakit kencing manis turut mengidap masalah
sakit jantung atau tekanan darah yang mengurangkan aliran darah ke kaki. Juga, ramai orang yang menghidap kencing manis mempunyai penyakit saraf yang mengurangkan sensitivity rasa. Gabungan masalah-masalah ini boleh membuat ia mudah untuk mendapatkan ulser dan jangkitan yang boleh membawa kepada amputasi. Kebanyakan amputasi boleh dicegah dengan penjagaan rapi.

Salah satu ancaman terbesar kepada kaki anda merokok. Merokok menjejaskan saluran darah harus. Ia boleh menyebabkan aliran darah menurun kepada kaki dan melambatkan penyembuhan luka. Ramai pesakit kencing manis yang memerlukan amputasi adalah perokok.

Cypreme-Pure Miracle Drop



Doktor Kata Kaki Anda Nak Kena Potong Kerana KENCING MANIS?

✄ Jom Hilangkan Kencing Manis Anda & Nikmati Kehidupan Seperti Sebelum Ini.
✆SMS/WhatsApp KE 019-7589774 (HANIZAM)
✄CUBA Hari Ini tanpa RISIKO. J.A.M.I.N.A.N 30-Hari 100% Wang Dikembalikan Jika Gula Tak Turun2
.
☟☟☟☟☟☟☟☟☟
✄Mengapa PESAKIT KENCING MANIS Percayakan CYPREME PURE MIRACLE DROP ?
✔ Kerana 9 dari 10 pengguna rasai kesan positif& Turun Bacaan Gula sebelum sempat habiskan 1 botol.
“SEBELUM GUNAKAN CYPREME,BACAAN GULA DALAM DARAH 26MMOL.
“SELEPAS AMBIL CYPREME,GULA TURUN DARI 26 KE PARAS 12.6. SUNGGUH TIDAK PERCAYA ”
Alhamdulillah Syukur.. – EN ABDULLAH"
===============
ANDA MASIH ALAMI MASALAH BERIKUT ?
===============
.
✔ SUDAH GUNA PELBAGAI UBAT TAPI MASIH BELUM SEMBUH
✔ SUDAH BOSAN ASYIK DISUNTIK INSULIN SETIAP HARI
✔ TAKUT KENCING MANIS AKAN MEROSAKKAN ORGAN ANDA SEPERTI KAKI, BUAH PINGGANG DAN MATA
✔ DOKTOR MAHU SUNTIK INSULIN KERANA BACAAN GULA ANDA TINGGI..
Usah bimbang lagi ! anda tidak memerlukan rawatan yang RUMIT selepas ini...
===============
CYPREME PURE MIRACLE DROP - 9 Dari 10 Pesakit KENCING MANIS berpuashati menggunakannya 
===============
✿ Ianya SELAMAT digunakan
✿ 100% bahan semulajadi
✿ HALAL
✿ PRODUK Muslim
===============
KEISTIMEWAAN CYPREME PURE MIRACLE DROP
===============
✯ Berfungsi menurunkan bacaan gula
✯ Berfungsi merawat luka-luka disebabkan kencing manis
✯ Mengeluarkan asid yang berbahaya dari badan
✯ Melawan kanser
✯ Meningkatkan ketahanan badan
===============
ANDA DAH CUBA PRODUK INI ? DIJAMIN SELEPAS INI...
===============
❣Anda lebih senang hati
❣Bacaan gula turun ke paras normal
❣Tidak lagi kerap kencing
❣Badan terasa segar
❣Tidak lagi rasa kebas-kebas
❣Penglihatan yang kabur semakin baik
===============
MAHAL LAH !
===============
✄ Adakah Anda Rasa Produk CYPREME® Ini Mahal?
Saya Faham Yang Anda RASA CYPREME® Ini Mahal.
Ramai Pelanggan SEBELUM Ini Pun Rasa Begitu.
✄ Sebenarnya,Setelah Mereka Pakai Dan ALAMI Sendiri Kesan CYPREME®Ini,Baru Mereka Rasa Berbaloi Dan Produk Ini Berkesan.
✄ Apakah Wang Ringgit Lebih Bernilai Dari Nikmat Kesihatan?
✄ Lagipun, CYPREME® Ini 100% Semulajadi Tanpa Bahan Kimia.
Ia Tidak Akan Memberikan Kesan Sampingan .
✄ Diperbuat Daripada Bahan Zeolite, Amber & Garam Galian Yang Sudah Dibuktikan Dengan Kajian Membantu Menyelesaikan Masalah Kencing Manis.
Harga Bahan Mentah Ini Memang Mahal .
===============
APA JAMINAN KALAU TAK BERKESAN?
===============
♬ CYPREME® Ini Dijamin Berkesan. 9 Dari 10 Pelanggan Kami Berpuashati Dan Ramai Repeat Order.
♬ Cuba CYPREME® Ini 100% Tiada Risiko.
♬ Jaminan 30-Hari 100% Wang Dikembalikan.
Kami Berani Jamin CYPREME® Ini Berkesan Melenyapkan Kencing Manis Anda.
♬ Jika Selepas Guna CYPREME®Ini, Anda Rasa Tiada Perubahan,
Pihak Kami Tidak Layak Simpan Duit Anda.
♬ Hanya Emailkan Kepada HQ Bacaan Gula Sebelum & Selepas Penggunaan (cypremehq@gmail.com).
♬ Dan Kami Akan Pulangkan Wang Anda Segera Tanpa Banyak Soal.
Dan Anda Boleh Simpan CYPREME® Itu Atau Berikan Kepada Sesiapa Yang Sesuai.
♬ Anda Ada 30 Hari Untuk Cuba CYPREME® Ini Tanpa Risiko.
===============
MAHU CUBA CYPREME® INI? PASTI ANDA JUGA TERKEJUT
===============
HARGA ASAL R̶M̶150 ,RM159 sabah/sarawak
Nak Harga Promosi ?
SMS/WhatsApp ke 019-7589774 (HANIZAM)
Jika Anda SMS/WHATSAPP Sekarang,kami berikan RESERVEKAN Harga Promosi + Percuma penghantaran yang bernilai RM10 ke rumah anda.

SAH SEHINGGA 11.59 Malam Ini
Promosi Ini Untuk 109 Terawal

UPDATE Hari Ini: STOK Promosi Tinggal 97 56 42 17 Botol Sahaja

P/S: Hantar no kod promosi SEKARANG . Jangan Tunggu Lama.
Stok Sentiasa SOLD OUT Dek Permintaan Yang Tinggi Dari Dalam Dan Luar Negara
P/S ; sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang secepat mungkin, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain.

P/S ; Keputusan masih di tangan anda. Saya telah menyampaikan khabar gembira kepada anda. Hanya menunggu anda membuat tindakan bijak. :)

TEMPAH dan nikmatilah perubahannya. 

Maklumat lanjut di sini. <-------------

Wednesday, October 29, 2014

Tanda-tanda Awal Kencing Manis


Terdapat banyak tanda-tanda Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2 adalah sama. Persamaan yang terutama adalah bacaan glukosa darah yang tinggi. Gula darah tinggi dalam Diabetis Jenis I adalah disebabkan oleh kekurangan insulin kerana sel yang menghasilkan insulin telah musnah.

Diabetis Jenis 2 pula berlaku apabila sel-sel badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin yang hadir. Tak kira mana-mana satu jenis diabetis, sel-sel badan anda tidak dapat memperolehi glukosa yang mereka perlukan, dan badan anda akan memberi amaran degan menunjukkan tanda-tanda berikut:

Pembuangan Air Kecil Yang Kerap

 Adakah anda melawat bilik air dengan lebih kerap sejak kebelakangan ini? Adakah anda rasa seperti anda mahu kencing sepanjang hari? Kekerapan kencing bertambah apabila terdapat terlalu banyak
glukosa di dalam darah. Jika insulin tidak wujud atau tidak berkesan, buah pinggang terpaksa menyingkirkan gula lebihan ini melalui air kencing yang banyak. Ini akan menjadikan pundi kencing anda kerap penuh dan anda terpaksa ke bilik air untuk membuangkan takungan air kencing.

Kerap Rasa Dahaga

 Jika anda merasa seperti anda tidak boleh mendapat air yang cukup walaupun anda telah minum lebih daripada biasa, ia juga merupakan satu simptom
kencing manis, terutamanya jika anda turut mengalami masalah kencing yang kerap. Kehilangan air yang banyak menyebabkan anda menjadi ‘kering’ dan berasa perlu untuk minum lebih untuk menggantikan air yang hilang.

Kehilangan Berat Badan Yang Mendadak

 Gejala ini adalah lebih ketara bagi pesakit kencing manis Jenis 1. Dalam Diabetis Jenis 1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas ataupun serangan imunisasi sendiri terhadap sel-sel
pankreas. Apabila badan sangat memerlukan sumber tenaga dan sel-sel tidak dapat memperolehi glukosa, badan akan mula memecahkan tisu otot dan lemak untuk tenaga.

Kerap Rasa Lemah dan Letih

 Glukosa daripada pencernaan makanan yang kita makan akan diserap masuk ke dalam aliran darah dan insulin sepatutnya membantu peralihan glukosa ke dalam sel badan kita. Sel-sel menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga yang kita perlu untuk hidup. Apabila insulin tiada wujud ataupun sel-sel tidak bertindak balas kepadanya lagi, maka glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan dan terapung di luar sel-sel dalam aliran darah. Lama kelamaan sel-sel badan akan kebuluran dan anda berasa letih dan lesu sentiasa.


Kekebasan pada Tangan atau Kaki

 Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku beransur-ansur melalui dan menyebabkan kerosakan sistem saraf, khususnya di bahagian kaki. Kencing manis jenis 2 bermula dengan beransur-ansur, dan mangsa sering kali tidak sedar bahawa mereka telah mendapatinya. Terdapat banyak kes di mana gula darah mungkin telah tinggi untuk beberapa tahun sebelum diagnosis dibuat. Kerosakan saraf boleh merebak tanpa pengetahuan kita. Neuropati seringkali boleh dipulihkan dengan mengembalikan paras gula darah kepada tahap normal.


Tanda-tanda Lain Yang Boleh Wujud

 Tanda-tanda kencing manis yang lain seperti penglihatan kabur, kulit yang kering atau gatal, jangkitan yang kerap atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga merupakan amalan awal bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada badan anda.


Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang boleh mengenalpasti sama ada anda telah menghidap penyakit kencing manis atau tidak.

Bacaan lanjut di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...