Sunday, June 28, 2015

Rawatan Alternatif Untuk Gout


Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Faktor Risiko Sakit Gout
.
Jantina : Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
.
Gaya hidup : Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
.
Obesiti : Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
.
Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat : Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
.
Genetik : Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
.
Umur : Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

.
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
.
Ingin dapatkan Cypreme?
.
WHATAPPS ke 019-7589774 (NIZAM)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...