Tuesday, October 14, 2014

Sihat Cergas: Kepentingan insulin


Bertemu kita kembali di ruangan sihat dan cergas. Pada kali ini kita akan membincangkan me­ngenai pengambilan insulin dan pengawalan berat badan.

Dalam misi anda untuk mencapai berat badan optimum atau yang wajar bagi anda, mustahak untuk anda mempelajari kaitan antara insulin dan pengurusan berat badan.

Ramai orang hanya mengira kalori, mereka terlupa memikirkan bermacam-macam hormon dalam tubuh yang turut mempengaruhi perkembangan diet mereka. Insulin ialah sejenis hormon yang kuat tercipta untuk memastikan badan me­ngimbangi paras gula dalam darah dengan betul pada setiap masa. Bermakna ia sesuatu yang perlu anda titik beratkan. 

Jom lihat apakah perlu anda tahu tentang insulin dan pengurusan berat badan. 

Insulin dan diet rendah kalori 

Apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, biasanya paras insulin anda sangat stabil dan rendah, ini menyebab­kan badan anda kurang menyimpan air berlebihan, maka ia turut mengawal berat badan anda. 

Ini antara sebab mengapa diet rendah karbohidrat sangat berhasil bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan. 

Tambahan pula, kesan dari kehadiran insulin yang rendah dalam badan, anda tidak akan mengalami peningkatan tenaga yang ting­gi kemudian jatuh rendah, seperti selalu berlaku dan membuat anda segera mencapai makanan mengandungi karbohidrat ring­kas. 

Dengan paras insulin yang rendah memudahkan anda mengawal pengambilan kalori dalam jangkamasa panjang, seterusnya memudahkan penyingkiran lemak dan penurunan berat badan. 

Insulin dan pengambilan karbohidrat 

Perkara pertama perlu kita fahami ialah bagaimana pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan atau impak ke atas insulin. Apabila anda mengambil karbohidrat, badan akan serta merta mula melepaskan insulin. 

Makin ba­nyak karbohidrat yang anda makan dan lebih cepat ia dihadamkan atau diuraikan, maka semakin banyak insulin yang akan dilepaskan bagi mengawal peningkatan paras gula dalam darah. 

Oleh itu, dengan mengawal jumlah dan jenis karbohidrat yang anda makan, anda meletakkan diri pada keadaan yang terbaik untuk menangani insulin. 

Insulin dan simpanan air dalam badan 

Sekarang anda sedia maklum bagaimana karbohidrat yang anda ambil memberi kesan pada insulin. Bagaimana pula karbohidrat mempengaruhi simpanan air dalam badan, seterusnya mempengaruhi berat badan? 

Apabila anda mengambil makanan tinggi karbohidrat secara tiba-tiba, paras insulin akan melonjak naik. Tubuh akan serta-merta memindahkan karbohidrat itu ke dalam simpanan otot (sebagai glikogen otot) atau simpanan lemak. 

Jika ia dipindahkan ke dalam sel otot, ia turut membawa empat gram air bersamanya. Inilah yang meng­akibatkan anda kelihatan membengkak. Peningkatan yang berlaku dalam simpanan air ini akan menyebab­kan berat badan anda meningkat. 

Sebenarnya bukan lemak yang anda perolehi, tetapi jisim tubuh anda meningkat akibat paras air yang tinggi dalam sistem badan anda. 

Itu antara perkara utama yang anda perlu ingat me­ngenai insulin dan pengurusan berat badan. Jika mahu mengawal berat badan anda sebaik mungkin, lakukan apa sepatutnya agar paras insulin anda terkawal de­ngan baik.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/14 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/SihatCergas_Kepentinganinsulin/Article#sthash.6ZmFJvf6.dpuf

  • Anda Ada Kencing Manis? 
  • Cepat Letih?
  • Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam?
  • Dan Banyak Ubatan Anda Cuba Tapi Bacaan Gula Dalam Darah Tak Turun-Turun?
===============
Berita Baik Untuk Anda !
=============== 

9 Dari 10 Pengguna Cypreme Hilang Kencing Manis Mereka Dan Sembuh Sepenuhnya 
Jaminan Wang Dikembalikan Tanpa Banyak Soal Jika Kesan Positif Selepas Sebotol Penggunaan. 
Hanya Titikkan Cypreme Dalam Air Mineral Anda Dan Minum Setiap Hari,Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dan Kencing Manis Hilang Dalam 17 Hari!

Info Lanjut Di sini.

1 comment:

  1. This approach is certainly visually extremely best choice. Every single one for problems stresses happen to be designated as a result of various culture competencies. You should the solution quite a lot. Buy Victoza Online

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...