Monday, May 4, 2015

Jenis-jenis gout



Gout terbahagi kepada dua jenis :-
.
1. Gout Akut
2. Gout Kronik
.
.
Gout Akut
-------------
Serangan gout akut bermula apabila berlakunya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah. Kebiasaanya, paras asid urik dalam darah melebihi 420 milimol setiap liter (7mg setiap 100ml) ketika ujian darah dilakukan.
.
Antara faktor utama yang menyebabkan serangan gout akut ialah:-
.
1. Pengambilan purin yang tinggi dalam diet
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Tekanan
4. Jangkitan
5. Kecederaan Sendi
.
Serangan ini kebiasaannya berlaku secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan yang teruk terutamanya pada tapak ibu jari kaki. 
.
Sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari juga termasuk pada tempat jangkitan yang kerap menjadi serangan gout akut ini. Jika tidak dirawat dengan segera, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu dan akan berhenti secara langsung. 
.
Akan tetapi, gejala gout akut ini boleh menyerang lagi secara bulanan dan mungkin tahunan.
.
Tanda-tanda lain serangan gout akut:
.
1. Loya
2. Perut kembung
3. Kesakitan abdomen secara perlahan-lahan
4. Kekerapan membuang air kecil
5. Demam ringan
.
Gout Kronik
---------------
Serangan gout kronik berlaku apabila berlakunya pemendakan hablur mononatrium urate pada sendi-sendi, rawan telinga, di sekeliling sendi juga ginjal akan akan menyebabkan kerosakkan kekal pada bahagian tersebut.

Pemendakan hablur mononatrium urate pada bahagian sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau, kekakuan serta kecacatan pada sendi tersebut.

Pemendakan hablur mononatrium urate pada rawan telinga pula boleh menyebabkan pembengkakan yang mengeras yang dikenali sebagai 'tophi'.


Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang di ginjal dan kegagalan ginjal untuk berfungsi..
Berminat untuk merawat gout?

Sila whatsapp ke 019-7589774 (NIZAM)
@
Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...