Saturday, May 2, 2015

Pesakit kencing manis rayu bantuan

Normawati menceritakan kesusahan yang ditanggung kepada Fauzi pada program ziarah itu.

KUANTAN - Ibarat jatuh ditimpa tangga begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan penderitaan yang ditanggung ibu empat anak, Normawati Saudi, 37, selepas mengalami penyakit kencing manis.

Normawati berkata, dia yang mengalami kencing manis kronik terpaksa merelakan kaki kanannya dipotong pada Januari lalu.

Menurutnya, buat masa ini dia bergantung pada kerusi roda yang dipinjam daripada jiran kerana tidak mampu membelinya.

“Saya dan suami, Wan Azmi Wan Ibrahim, 45, terpaksa pinjam kerusi roda yang sudah uzur untuk kegunaan saya di rumah.

“Jika tidak sukar untuk saya bergerak melakukan kerja rumah,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman di sini.

Hadir sama, Adun Semambu, Lee Chean Chung.

Normawati berkata, keadaan kehidupannya sekeluarga semakin dihimpit kesusahan kerana suaminya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Katanya, pendapatan yang tidak menentukan menyebabkan mereka tidak mampu membayar sewa rumah sejak empat bulan lalu.

“Dua daripada empat saya masih bersekolah, yang sulung bekerja sebagai mekanik di bengkel berdekatan tetapi gajinya tidak seberapa.

“Saya pula memikirkan keadaan kesihatan yang tidak menentu dan memerlukan rawatan susulan,” katanya.

Normawati berkata, dia juga dalam proses memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Fauzi berkata, pihaknya akan meneliti bantuan yang diperlukan keluarga terbabit selepas ini.

“Kita akan membantu meringankan beban ditanggung keluarga ini,” katanya.


sumber: Sinar Harian


Perlukan rawatan alternatif penyakit kencing manis?

Sila whatsapp ke 019-7589774 (NIZAM)

Atau ke sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...