Saturday, November 22, 2014

Terpaksa lupakan hasrat beristeri

Zulqarnaim menderita penyakit kencing manis menerima kunjungan Ab Aziz di rumahnya di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

GUA MUSANG - “Saya terpaksa lupakan nikmat berumah tangga dengan membatalkan hasrat untuk beristeri,” kata Zulqarnaim Abdullah, 36, yang menghidap penyakit kronik kencing manis sejak usia 20 tahun.

Kini Zulqarnaim terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup dengan menanggung penderitaan penyakit itu di rumahnya di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini.

Tambah malang lagi, dia juga tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu bapanya dan mengharapkan bantuan dua anak saudaranya yang datang melawat untuk membantu mencuci kaki kiri yang semakin teruk.

Menurutnya, sebelum ini dia dijaga bapanya, Abdullah Yusoff, 70, termasuk ketika menerima rawatan di hospital, namun kini dia tinggal seorang diri sejak bapanya meninggal dunia setahun lalu.

“Saya masih ada abang dan kakak yang tinggal tidak jauh dari rumah ini dan mereka ada datang menjenguk dan memberikan saya makanan setiap hari,” katanya yang turut menerima lawatan Adun Galas, Ab Aziz Yusof, kelmarin.

Zulqarnaim, yang juga kakitangan Radicare di Hospital Gua Musang (HGM) berkata,  dia mula menghidap kencing manis sejak berumur 20 tahun lagi dan ketika itu masih boleh bekerja.

Katanya, keadaannya semakin teruk sehingga kakinya  membengkak dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini dan tidak mampu lagi untuk melakukan sebarang kerja.

“Malah, saya juga sudah mengemukakan masalah penyakit kronik yang saya tanggung sekarang untuk mendapatkan pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso), namun sampai sekarang belum ada jawapan.

“Saya terpaksa mendapatkan cuti sakit daripada hospital setiap masa. Sampai bila harus saya dapatkan cuti sakit, sedangkan sekarang saya juga tidak boleh berjalan lagi,” katanya.

Zulqarnaim berkata, pihak hospital sudah beberapa kali memintanya menandatangani surat bagi memotong sebelah kakinya, tetapi dia terpaksa menolak.

“Macam-macam yang mengganggu fikiran saya terutama mengenai masa depan, siapa yang ingin menjaga saya jika saya dimasukkan ke dalam wad dan siapa tanggung segala kos perbelanjaan,” katanya.


Berminat untuk ketahui penawar alternatif moden penyakit kencing manis, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...